27
SUDAH masuk hari ketiga!
Ini bermakna, hari ini adalah hari terakhir butik pereka fesyen Rizman
Ruzaini mengadakan promosi jualan secara besar-besaran. Teruja sungguh ‘Sherry’
setiap kali membayangkannya.
‘Malang sekali, lebam pada mata ‘penaja istimewa’ aku tu belum sembuh
sepenuhnya lagi. Tinggal sikit aje lagi merah-merah pada bahagian atas mata
dia. Pagi tadi, aku ingatkan dia akan mandi dan bersiap-siap untuk bawa aku ke
butik tu memandangkan lebam yang sebelum ini lebih besar daripada syiling 50sen
sudah pun susut nilainya menjadi 10sen. Alahai... macam mana ni?’
Azfahan pula seperti sengaja mahu mengenakannya. Sengaja mahu mengelak
daripada membawanya ke sana! Untuk kesekian kalinya, lagi sekali dia yang rugi
kerana telah menyediakan sarapan pagi yang terlebih istimewa iaitu mee tomyam
resipi khas dari Thailand dan juga nasi minyak resipi khas daripada orang
minyak. Eh, bukan orang minyaklah. Resipi khas dari Mak Tom yang syok dekat
ayah aku kat kampung tu!
Mak Tom memang pandai memasak. Lagi-lagi kalau masak tomyam. Sebab itulah
semua orang kampung panggil dia Mak Tom dan kebetulan pula Mak Tom memang suka
tengok kartun Tom & Jerry. Jadi, makin lekatlah nama Mak Tom tu.
Usai solat Subuh lagi dia sudah menghubungi Mak Tom untuk minta resipi.
Nasib baiklah Mak Tom dah monopause
jadi tentu hari-hari Mak Tom akan bangun pagi untuk solat Subuh. Jadi tak ada
lah rasa bersalah sangat sebab kacau Mak Tom awal-awal pagi. Eh, gila betullah
aku ni. Ada ke patut pergi fikir sampai macam tu sekali!
Ahhhhh... aku memang dah lama gila pun! Gila dirasuk saka ‘shopping’, saka
yang tidak mampu dirawat oleh mana-mana bomoh sekalipun walau bomoh yang lahir
dari tanah seberang.
Sampaikan pagi-pagi macam ni pun si budak ‘Sherry’ ni boleh terfikir untuk
masak tomyam dan juga nasi briyani. Memang betul-betul dah gila sebab masak
makanan seberat itu untuk sarapan pagi.
Sesungguhnya ‘Sherry’ memang dah lama gila semata-mata ingin mengambil hati
Azfahan supaya membawanya keluar membeli-belah!
“Kan aku dah cakap, selagi lebam kat mata aku ni tak sembuh sepenuhnya, aku
takkan keluar ke mana-mana. Muktamad! Sebarang rayuan ataupun surat-menyurat
tidak akan dilayan sama sekali!”
Itulah alasan lelaki itu seketika tadi sewaktu dia mengajak dan jawapan itu
benar-benar membuatkan dia hampa sedangkan sudah licin tomyam dan nasi
briyaninya dibelasah oleh lelaki tak guna itu!
Bahkan lebih menyakitkan hatinya, tanpa
menoleh memandang dia di sebelah, boleh pula Azfahan kembali fokus membaca
akhbar News Straits Time dengan bermejakan kaki kirinya sendiri yang dilipat
dan diletak di atas kaki kanan yang tegak mencecah lantai.
“Alah, lebam tu kan dah mengecil. Bukannya ada orang nampak pun.”
‘Sherry’ nampaknya masih tidak mahu mengalah. Dipujuknya lagi dengan suara
yang sehabis lembut walaupun dia sedar, suaranya itu kedengaran begitu plastik
sekali. Macam suara pondan yang dibuat-buat pun ada.
“Kecil-kecil pun tetap menjejaskan penampilan aku. Sudah lah ramai artis
yang dijemput dan akan datang untuk hari terakhir promosi dekat butik tu.
Dengar-dengar Dato’ Siti Nurhaliza pun akan datang. Malulah aku kalau dia ada,
sebab dulu sebelum dia kahwin dengan Datuk K, dia macam pernah bagi hint dekat aku. Cuma aku aje yang malas
nak layan. Kau tahu kan taste aku
bukan dekat perempuan yang sopan-sopan dan cover ayu macam Dato CT tu?”
Begitu selamba sekali raut wajah Azfahan sewaktu mengeluarkan kenyataan
itu. Sudahlah dengan dahinya yang berkerut-kerut cuba memahami apa yang dibacanya
pada akhbar di tangan. Maka dalam keadaan itu, dia kelihatan begitu serius
sekali. Nyaris-nyaris ‘Sherry’ yang rendah IQnya itu terpedaya dan hampir
percaya. Terasa seperti terhenti fungsi jantungnya sewaktu kenyataan itu
merodok telinganya. Tapi lama-kelamaan barulah dia mencebikkan bibirnya. Lupa
pula dia yang lelaki di sebelahnya ini adalah satu-satunya manusia yang cukup
suka mengenakannya!
Kalaulah aku rekod kenyataan dia tadi, dah sah-sah aku boleh menang saman
berjuta-juta dekat makhamah. Sekelip mata aku boleh jadi jutawan! Malangnya handset aku tak berapa nak canggih.
Pernah waktu mula-mula beli dulu, aku ada rekod suara aku. Bila aku dengar
balik, aku tersangatlah hairan sebab suara aku boleh sama sebiji dengan suara
Shila Amzah sedangkan sepatutnya suara aku setaraf Mariah Carey! Betapa handsetku itu tidak pernah berlaku adil
pada tuannya! Haha... Perasan sungguh! Tapi
betullah, dulu syarikat Yusof Taiyoob pernah offer untuk guna suara aku yang lembut dan seksi ni untuk sebut
perkataan ‘Yusof Taiyoob’ tu berulang-ulang kali macam dalam iklan setiap kali
bulan puasa tu. Cuma aku aje yang tak nak sebab aku tak nak lah kesedapan suara
aku ni nanti mengatasi kesedapan buah kurma Yusof Taiyob itu sendiri! Haha...
Ya ALLAH, makin menjadi-jadi pula perangai suka nak perasan aku ni lah!
Sebenarnya, itu adalah jawapan yang memang dia selalu guna sewaktu
kawan-kawan dekat kampung menghina handset
yang dikatakan kalau dibuat baling anjing pun, belum sempat kena kepala anjing,
anjing tu dah mati terkejut sebab tak dapat terima hakikat dibaling dengan
benda buruk.
Kurang ajar betul mulut-mulut puaka dekat kampung aku tu!
Okay, waktu untuk jadi serius semula. Dah tiba masanya untuk aku berdebat
sampai menang dengan mamat ni! Walau apa pun yang berlaku, aku kena pastikan
yang dia tetap akan bawa aku keluar pergi shopping!
Okay, ‘Sherry’... Mulakan sekarang! Chaiyoookkkkk!
“Hah! Aku ada cadangan.” Dia berteriak dengan muka yang teramat teruja.
Dengan harapan Azfahan akan berminat untuk mendengar usulannya. Malangnya, buat
penat berteriak saja. Azfahan langsung tidak menoleh memandangnya.
Hampa sungguh ‘Sherry’ melihat kebekuan lelaki itu.
Mengeluh.
“Hurmmm... Kalau kau malu kau
pakailah spec hitam macam kau buat
dulu tu. Pakailah, pakailah. Aku suka tengok kau pakai spec hitam. Kau nampak handsome
dan macho sangat!” pujinya bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali padahal
bukannya ikhlas pun pujiannya itu walaupun dia akui betapa kacaknya lelaki yang
duduk di sebelahnya ini. Sebab itulah dia hampir percaya bila Azfahan cakap
yang Siti Nurhaliza pernah bagi hint dekat
dia.
Azfahan menjeling sedikit.
“Kalau kau nak umpan aku sekalipun, gunalah cara lain. Orang macam aku ni
dah biasa sangat kena puji. Kalkulator pun tak mampu nak kira dah berapa banyak
kali orang puji aku handsome. Itu
baru handsome. Tak termasuk
pujian-pujian yang lain lagi.”
‘Sherry’ mencebikkan bibirnya. Bengangnya aku! Buat bazir air liur aku aje
puji dia punya beriya-iya tadi.
“Dah lah. Kau pergilah buat apa-apa yang patut. Aku nak sambung tidur. Tepi
sikit.”
Pulak tu, boleh pula selamba badak dia halau aku dari sofa ni. Kecil hati
aku. Rasa macam aku tengah pegang watak anak malang yang kena halau dengan ibu
tirinya. Begitulah perasaan aku ketika ini. Sampai hati dia buat aku macam tu!
Akhbar di tangan, Azfahan campak begitu sahaja ke atas meja bulat di
hadapannya. Surat khabar pun bercerai helaian antara satu dengan yang lain.
Habis berselerak.
Kasihan sungguh surat khabar yang tidak berdosa itu. Sudahlah tak berdosa,
pula tu kena pula ‘tanggung’ dosa-dosa artis-artis yang suka pakai baju tahap
macam dah berbogel kat dalam surat khabar tu. Itu belum lagi dosa-dosa iklan
payudara anjal yang ada kat dalam tu. Termasuklah dosa-dosa lain antaranya dosa
putar belit cerita yang dimainkan oleh segelintir wartawan dan media. Dosa yang
tu pula dah masuk kategori fitnah.
Kasihan Mr. Surat Khabar! Banyak betul dosa yang perlu ditanggung oleh
surat khabar yang tidak berdosa itu. Tak pasal-pasal surat khabar dicop sebagai
‘kertas yang berdosa.’ Maka berbahagialah kertas-kertas lain seperti kertas kajang,
kertas minyak, dan juga kertas warna kerana tidak dilabel seteruk itu.
Merepek tak habis-habis!
Inilah jadinya bila dia sudah kehabisan idea untuk memujuk, mengumpan
mahupun membodek lelaki itu. Semuanya tak jalan. Hanya masa yang akan terus
berjalan dan hanya tinggal tak sampai 12 jam sebelum promosi di butik Rizman
Ruzaini itu berakhir. Maka tentunya akan berakhir jugalah impian aku untuk memiliki
koleksi terbaru pakaian yang direka khas oleh pereka fesyen kesayangan Dato’
Siti Nurhaliza itu!
Oh tidak, aku takkan biarkan
perkara itu berlaku!
AZFAHAN memang tidak pernah
main-main dengan apa yang keluar dari mulutnya. Tak sampai beberapa minit, dia
kembali menyambung semula tidurnya. ‘Sherry’ pula, yang masih berharap pada
keajaiban kelihatan sedang duduk di atas kerusi sofa berbentuk L berhampiran
lelaki itu dengan mata yang langsung tidak berkelip dan langsung tidak beralih
daripada tumpuan penuhnya pada kelopak mata Azfahan yang masih bersisa lebam
kecil kehijau-hijauan itu.
Lihatlah... dari tadi lagi dia
memang kelihatan seperti kehilangan sesuatu yang paling berharga di dalam dunia
ini. Dengan mukanya yang muram, matanya terus melekat pada kelopak mata Azfahan.
Apa yang dia perhatikan sangat sebenarnya tu sampaikan tak berkelip matanya?
Sebenar-benarnya, dia sedang menanti
sehingga lebam pada mata Azfahan itu susut. Tapi tak juga susut-susut walau
sudah mengecil sedikit. Arghhhh...
Tensionnya!
Dengan perasaan yang tertekan,
‘Sherry’ terus bangun walau dia sendiri tidak tahu nak ke mana. Memandangkan
dinding di dalam kondominium ini memang penuh dengan hiasan yang berunsurkan
cermin, sempat jugalah dia melihat wajahnya. Itu pun tanpa sengaja. Dan
hasilnya, dia terkejut bukan kepalang! Sampai tak sempat nak beristighfar macam
selalu. Berdesup dia berlari masuk ke rumah Sazzy di sebelah. Sasarannya,
adalah beg tangannya. Dengan kelam-kabut, dia menyelongkar segala isi di dalam
beg tangannya itu walaupun bukannya ada apa-apa pun kat dalam beg tangan dia
yang berjenama ‘Pasar Malam’ itu. Budak ni saje je nak bikin suspens tau! Padahal
purse pun dia tak ada. Dari dulu lagi
dia memang lebih selesa simpan duit dalam poket. Barang-barang mekap pun dia
tak ada. Bukannya dia tak suka, cuma muka natural
beauty ni memang tak payah mekap tebal-tebal sangat. Cukuplah guna foundation.
Perasan lagi!
Foundation dan juga BB cream dari
dalam beg terus dibawa sekali hingga ke dalam bilik air. Rasa macam tak sanggup
nak tengok mukanya sendiri kat cermin. Inilah jadinya setiap kali mengalami
tekanan melampau. Habis muka yang bersih licin pun boleh naik jerawat. Nasib
baiklah jerawat kecil-kecil aje. Tapi secara automatik, bila jerawat dah naik,
minyak pada muka pun naik sekali. Dahsyat sungguh penangan ‘saka shopping’ ni.
Kalau tak ‘dirawat’, macam ni lah jadinya.
Sambil tangannya memicit botol foundation
jenama MAC yang dibelinya dari uptown itu,
sambil itu jugalah dia membebel sehinggalah mukanya siap disapukan dengan rata.
Tersenyum-senyum dia melihat hasilnya.
Tiba-tiba pergerakannya terhenti.
Akalnya terfikirkan sesuatu. Satu idea untuk melaksanakan juga projek mega
seumur hidupnya iaitu untuk mengajak Azfahan keluar membeli-belah, no matter what! Sekaligus melumpuhkan
terus ‘saka shopping’ jahat yang sedang bertenggek di dalam badannya.
Lantas, sekembalinya ‘Sherry’
mendapatkan Azfahan di rumah sebelah, dengan
secermat yang mungkin, dia mula meratakan krim yang berwarna coklat cair yang
sudah dipicit ke hujung jari telunjuknya. Kemudian, perlahan-lahan dia sapukan pada
kelopak mata Azfahan yang lebam itu sebelum diratakan pula dengan compact powder.
Begitu berhati-hati sekali sewaktu
dia meratakan solekannya supaya dapat menutup kesan lebam yang sudah susut dan
tidak sebesar mana itu dengan baik. Tidak sampai dua minit, dia berjaya
melakukannya dengan sempurna sekali tanpa Azfahan bergerak mahupun merengus
walau sedikit pun.
Elok saja Azfahan tidur. ‘Sherry’
pula tersenyum-senyum melihat kesan lebam yang sudah berjaya ditutup dan
disembunyikan sepenuhnya dengan hanya menggunakan foundation dan juga Compact
Powder.
Bijaknya aku!
“HOI,
bangunlah!” ‘Sherry’ mengejutkan Azfahan dengan suara yang nyaring lebih sikit
aje daripada suara Jaclyn Victor. Betul-betul di tepi telinga lelaki itu. Malangnya,
kuasa vokalnya belum cukup mantap untuk menggerakkan anggota badan Azfahan yang
sedang nyenyak tidur itu secara semulajadi.
Dia cuba cara lain pula.
“Masya-ALLAH.... Banyaknya air liur
basi. Air liur yang belum basi pun sama banyak jugak. Sampai tersembur ke dahi
pulak tu!”
Walaupun dia sendiri sedar ada
unsur-unsur tak logik dalam ayat yang dia keluarkan tu, dia peduli apa! Yang
dia tahu, Azfahan kena bangun sekarang jugak!
Seperti yang dijangka, Azfahan
bangun dengan gelabahnya dan terus berlari selajunya untuk mendapatkan
kepingan-kepingan cermin perhiasan yang banyak terlekat pada dinding rumahnya.
‘Sherry’ pula diam memerhati sambil
menahan perut yang rasa macam digeletek walaupun awal-awal lagi dia sudah mengagak
yang Azfahan akan bertindak secara refleks begitu. Iyalah, lelaki yang 24 jam
control macho macam Azfahan ni mesti tak sanggup kalau ada sesiapa yang tegur
muka dia penuh dengan air liur basi. Sebab itulah muka dia walau baru bangun
tidur pun tetap nampak macam baru lepas mandi. Smart betullah mamat sorang ni. Bertuah kau Sazzy!
“Tak ada pun!” Azfahan menoleh dan
memandang ‘Sherry’ seolah-olah ‘Sherry’ adalah seketul ayam goreng KFC yang
baru siap digoreng. Masam aje mukanya!
“Tadi ada. Kau lari laju sangat, dah
kering lah agaknya air liur yang bersembur sampai ke dahi kau tu tadi.”
‘Logik ke kalau aku tipu dengan
cakap macam tu? Logiklah jugak! Sebab bila lari laju-laju mesti angin yang
datang dari arah bertentangan pun akan jadi semakin laju. Maka, secara logiknya
angin tersebut akan mengeringkan air liur tu!
‘Wah... tak sangkanya! Walaupun aku
gagal subjek Sains masa SPM dulu, aku
tetap mampu cipta teori aku sendiri!’ Sempat lagi ‘Sherry’ bersorak di dalam
hati.
“Cuba kalau aku ludah kat muka kau,
lepas tu kau lari macam mana aku lari tadi. Agak-agaknya boleh kering tak ludah
kat muka kau tu nanti?”
Cukup sarkastik sekali Azfahan
membalas teori kurang bijak yang ‘Sherry’ gunakan tadi. ‘Sherry’ pula apa lagi.
Tersengih ajelah yang dia tahu. Kalau ikutkan dia yang suka menjawab tu, memang
dia nak kupas topik air liur basi itu tadi biar berjela-jela. Dia sendiri nak
tahu kenapa hanya air liur saja yang boleh basi tetapi kenapa tidak kahak
ataupun selsema?
Cuma memandangkan waktu yang sudah
suntuk, dia beralah sajalah. Tak luak pun!
“Dah tak ada kerja sangat agaknya
kau ni sampai boeh kacau aku tidur. Kalau dah bosan sangat, nanti aku belikan
kau anak patung Barbie ya. Mainlah kau puas-puas!”
Azfahan berleter lagi.
Ceh, ada ke nak bagi aku main anak
patung pulak. Playstation pun aku tak layan! Sesungguhnya, aku ini seorang
gadis yang cepat matang berbanding perempuan-perempuan lain. Buktinya, waktu
aku umur 6 tahun lagi aku dah main ‘kahwin-kahwin’ walaupun kawan-kawan sebaya
aku semuanya main masak-masak aje. Jadi bukankah itu sudah cukup untuk
membuktikan yang dari kecil lagi aku sudah matang dan sudahpun bersedia untuk
menempuhi alam yang bernama perkahwinan?
Tapi taknaklah jawab macam tu, nanti
sah-sah dia ingat aku ni jenis perempuan gatal pulak! Dia kan memang selalu
intai peluang untuk jatuhkan aku aje!
“Eh, takkanlah nak sambung tidur
balik?” ‘Sherry’ lihat Azfahan kembali mengambil tempatnya tadi dan sudah pun
memejamkan matanya. Soalannya tadi tidak dijawab dan langsung tidak diendahkan.
“Pasal tadi tu, takkan nak marah
kot. Tak rock lah bro. Aku cuma nak kau tengok sama ada
kau perasan tak apa-apa perubahan kat mana-mana bahagian muka kau tu.” ‘Sherry’ sudah tersengih-sengih.
Lebih-lebih lagi bila Azfahan kembali membuka matanya semula. Ada beberapa
kerutan pada dahinya.
“Macam perasan. Tapi tak sure lah pulak perubahan apa yang kau
maksudkan tu.” Sekali lagi Azfahan bangun untuk mendapatkan cermin. Tapi kali
ini tidaklah berkobar-kobar seperti tadi.
“Wehooo...
Dah surut pun lebam kat mata aku. Bolehlah aku turun swimming dekat pool. Sempat lagi ni. Baru pukul 10.
Sempatlah juga nak tayang body ni
dekat awek-awek cun kat bawah tu.”
Berubah terus moodnya apabila dapat tahu lebam pada bahagian atas matanya sudah
sembuh sepenuhnya.
‘Sherry’ memandang saja dengan mata
yang mengecil. Ada dua benda yang membuatkan dia bertindak secara semulajadi
begitu. Yang pertama, dia berasa tersangatlah bengang apabila Azfahan seperti
buat-buat lupa sahaja pada janjinya. Yang kedua, dia berasa tersangatlah
menjengkelkan dengan perangai Azfahan yang suka show off tu.
‘Sherry’ memerhati saja Azfahan
melangkah masuk ke dalam biliknya. Tidak pula dia menghalang. Beberapa minit
kemudian, dia lihat Azfahan sudah pun menukar pakaian kepada singlet ketat
berwarna putih dan seluar pendek berwarna hitam melepasi lutut yang menonjolkan
lagi tubuhnya yang tinggi sasa itu.
Daripada situ, tahulah ‘Sherry’ yang
Azfahan bersiap untuk mandi di kolam renang. Bila nak masuk kolam nanti,
seperti biasa tentu lelaki itu akan menanggalkan singletnya dan juga juga
seluarnya. Azfahan hanya akan berseluar tight
yang mana akan membuatkan gadis-gadis di situ berbisik-bisik memujinya tetapi
tidaklah dia yang cukup jelek melihat lelaki itu dalam keadaan begitu. Poyo!
Jadi aku nak buat apa sekarang ni
ya? Nak halang dia atau nak biarkan aje? Ahhh...
Biarlah dia mandi dulu. Lepas dia siap mandi nanti, aku ajaklah dia pergi ke
butik Rizman tu.
Azfahan pula hanya berpesan
kepadanya supaya mengunci pintu rumah sahaja. Selepas itu, lelaki itu terus
meninggalkan dia sendirian di dalam kondominum yang teramatlah luas itu.
Selepas beberapa minit barulah
‘Sherry’ teringatkan sesuatu. Sesuatu yang tersangatlah penting! Ya ALLAH
cuainya aku!
Sepatutnya mana boleh aku lepaskan
dia mandi. Habislah cair make-up yang
aku sapu dekat mata dia tadi bila kena air. Kantoilah nanti! Alahai kenapalah
bodoh sangat aku ni...
azfahan ngan sherry ni dah same sengalnye....hahahha
ReplyDeleteHaih si Sherry ni tak habis2 dengan gila shopping dia.... -_-#
ReplyDeletex paham siapa sherry tu
ReplyDeletekalau baca dr bab awal, msti dapat tangkap. hehe..but its ok. klu masih x dapat tangkap pown xpe, nanti akan tahu juga siapa sherry tu :)
DeleteLawak k. Hahahaha! Best lah .
ReplyDeleteglad u like it :)
Deletehahahaha terbaik la marmar.. best sgt2..
ReplyDeletesherry ni dah kena rasuk hantu shopping...
habis segala cara dia plan nak ajak si azfahan ni shopping..
kantoi sudah hahaha
hehe..thnx. glad u like it =)
Deletehan msih dalam kepoyoan -__-' balasan menimpa org2 yg poyo...x sabar nk bce part seterusnye -__-..eh cikgu lagi bape bab nk msuk karakter si afka ngn embun nie ><'
ReplyDelete-nur athira-