26
“ESOK-ESOK ajelah kita keluar
shopping.”
Pelan yang diubah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan ‘Sherry’. Sesuka
hati saja Azfahan mengubah agenda mereka. Sedangkan dia sudah beriya-iya.
Semangatnya pula sudah terasa lain macam bila membayangkan dirinya keluar masuk
ke dalam butik-butik mahal di dalam bangunan Pavilion yang mana keluasannya
mampu menghauskan tapak kasut sekiranya ber‘tawaf’ di dalam bangunan tersebut.
Walau kasut bola David Beckham mahupun kasut tumit tinggi Lady Gaga sekalipun!
“Mana boleh macam tu. Kejap lagi kan kita nak balik vila dah!”
“Plan balik ke vila pun cancel.
Esok-esok lah kita balik.”
“Kenapa pulak?” Sekali lagi ‘Sherry’ nampak terkejut dengan keputusan Azfahan.
Dia yang sedang mengupas telur yang sudah siap direbus, meninggalkannya
seketika kerja-kerjanya di dapur. Tidak puas rasanya kalau dia tidak duduk
menghadap Azfahan dan menagih jawapan daripada lelaki itu.
“Eh, baru aku perasan. Pagi tadi tak nampak sebab gelap lagi masa tu. Lupa
pulak aku dengan mata kau yang lebam tu. Aku ingatkan lebam kau dah surut.
Kalau macam tu, lepas sembuh betul barulah kita balik semula ke vila.”
Azfahan benar-benar terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh ‘Sherry’.
Berubah terus riak mukanya. Bibirnya terkumat-kamit namun tiada apa yang
terluah. Sebenarnya dia mahu mengatakan sesuatu, namun lagi sekali ‘Sherry’
telah membuatkan hatinya tersentuh.
“Kau tunggu sekejap. Aku nak pergi ambil kain dengan ais batu untuk tuam
mata kau tu.”
Lekas-lekas ‘Sherry’ bangun dan bergesa menuju semula ke dapur. Beberapa
ais ketul dari dalam peti ais yang jauh lebih besar daripada tubuhnya itu
dicekau sebelum ketul-ketul ais itu dibalutnya dengan t-shirt kain kapas kepunyaannya sendiri.
Sekembalinya dia ke ruang tamu mewah itu semula, ‘Sherry’ mengarahkan Azfahan
baring melunjur di atas sofa yang baldunya bermotifkan kulit harimau bintang.
Tangannya yang menggenggam uncang kain yang berisi ketul-ketul ais itu sudah
sedia untuk dituam ke bahagian mata yang lebam itu.
Sebaik Azfahan melakukan seperti yang disuruh dan sebaik sahaja Azfahan
memejamkan matanya, ‘Sherry’ pun mula meletakkan uncang tersebut ke mata kanan
lelaki itu. Begitu berhati-hati dia melakukannya kerana bimbang kalau-kalau
kesilapan atau kecuaiannya mungkin akan menyakitkan kesan lebam yang sebenarnya
sudah hampir sembuh itu.
“Nikmatnya rasa bila kau tuam ais tu
lembut-lembut macam tu kat mata aku. Macam kena cium dengan bibir yang disapu lip ice pulak aku rasa.”
Itu antara komen Azfahan apabila ‘Sherry’ sudah elok melakukannya dengan
begitu berhati-hati dan teliti. Geram jadinya apabila menerima komen yang
melampau daripada lelaki itu. Bertambah melampau apabila Azfahan siap
mengemam-ngemam bibirnya sehingga meletus bunyi ‘pop-pop’ dari mulutnya.
Bayangkanlah, dengan mata yang terpejam, agaknya entah apa-apa lah yang dibayangkan
oleh lelaki itu! Ini dah kira gangguan seksual ni!
Geram melihat reaksi geli-geleman Azfahan yang masih berterusan, dengan
perasaan yang tersangatlah jengkel, uncang berisi air batu di genggamannya itu
ditekan dan ditonyohnya sekuat hati pada kesan lebam itu. Dia tahu, tindakannya
itu terlalu tragis dan agak tidak boleh diterima dek logik akal. Dia sendiri
tidak sempat berfikir sebelum dia melakukannya. Mungkin kerana terlalu geram,
membuatkan dia hampir terlupa yang lelaki ini sedang menanggung sakit.
Tapi, hatinya tetap berasa puas melihat tangan Azfahan tergawang-gawang sewaktu
cuba menyelamatkan dirinya. Padan muka. Mesti kebas sampai kejang biji mata kau
tu kan? Aku harap lepas ni biar mata kau tu terbuntang dan tak boleh pejam
sampai bila-bila! Lepas tu boleh lah kau buat video 'Sore Eyes 5 Days MC' macam
yang popular dekat YouTube tu!
“Ahhhhh... Ouchhhhh...
Argghhhhh....”
Sedari tadi, memang bunyi itu sahaja yang kedengaran dari mulut Azfahan.
Buat masa ini, bukanlah masa yang sesuai untuk dia memarahi perbuatan ‘Sherry’
terhadapnya tadi walaupun kalau diikutkan, mahu saja dicekiknya leher perempuan
itu!
“Lepas ni kalau kau buat macam tu lagi, aku akan gantikan ais batu tu
dengan batu lesung. Agaknya lagi cepat sembuhnya kalau aku tuam mata kau tu
dengan batu lesung kan?” sindir Sherry dengan hati yang tersangatlah puas!
Kejam!
Azfahan terus mengangkat kepalanya yang tadinya tertunduk itu dengan
sebelah tangan yang masih menekup sebelah matanya yang dikerjakan oleh ‘Sherry’
sebentar tadi. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.
“Baguslah.. Makin lambat lebam aku ni sembuh, lagi lambatlah aku dapat bawa
kau pergi shopping. Kau kena ingat,
butik Rizman Ruzaini buat promosi 70 percent
sampai Rabu ni aje. Aku pulak hanya akan bagi kau voucher tak sampai 1K pun. Kalau mata aku tak elok-elok juga sampai
habis tempoh promosi, apa sangatlah yang kau dapat beli dengan voucher yang tak sampai 1K dengan harga
baju yang langsung tak ada diskaun tu.”
Mendengarkan ugutan itu, riak pada muka ‘Sherry’ berubah perlahan-lahan.
Dia hampir nak tercengang sehingga
memaksa kedua belah tangannya naik bagi menekup mulutnya yang sudah
ternganga itu.
Alahai menyesalnya aku pergi hentak mata dia tadi. Makin teruk aje aku
tengok lebam kat mata dia tu. Sempat ke aku nak rawat balik dan sembuhkan mata
dia tu? Kalau tak sembuh-sembuh jugak, melepaslah koleksi terbaru daripada
pereka fesyen kegemaranku!
Ya ALLAH ya tuhanku, permudahkanlah urusan aku untuk mendapatkan design terbaru daripada Rizman Ruzaini
tu. Niat aku baik. Aku bukannya nak melaram sakan sampai jadi tabaruj. Dan aku
bukannya nak pakai sorang. Kalau dapat lebih, aku ingat aku nak hadiahkan dekat
Mak Tom, ibu tunggal sebelah rumah aku yang hampir setiap hari hantar lauk ke
rumah aku dekat kampung tu walaupun niat Mak Tom hantar lauk ke rumah sebenarnya
dengan harapan nak tackle ayah aku
yang dah lama single tapi masih hot dan macho macam Eman Manan tu.
Ya ALLAH, Kau makbulkanlah doa aku
ya, ya ALLAH. Aminnnnn....
APABILA dipanggil makan, Azfahan
seperti buat-buat tidak dengar saja. Jadi terpaksalah ‘Sherry’ yang dari dapur
itu datang untuk mengejutkan lelaki itu. Namun, hanya gelengan saja reaksi yang
diterimanya. Dia tahu, dengan apa yang telah dilakukannya ke atas lelaki itu
tadi, Azfahan memilih untuk memprotes dan memulaunya dalam diam.
Pandai jugak mamat hati kebal ni merajuk rupanya. Aku ingatkan hati kau tu
diperbuat daripada tanah liat, yang bila mana kalau dilenyek dengan tumit kasut
tinggi sampai berlubang menyerupai lubang bekas jerawat batu sekalipun, tetap
boleh dibentuk semula kepada bentuk asal.
Kenapa mesti dilenyek dengan kasut tumit tinggi pulak? Kenapa tidak
dihempuk dengan mesin basuh? Ditembak dengan senapang gajah? Atau digilis saja
dengan lori bancuh simen? Bukankah itu lebih tragis dan lebih layak untuk mamat
poyo tu?
Eh, suka hati aku lah! Buat masa ni aku masih dalam mood shopping walaupun kegiatan itu terpaksa ditangguhkan buat
sementara waktu. Mungkin sebab itulah kasut tumit tinggi boleh terlintas dalam
fikiran aku sebab aku memang dah berangan nak beli kasut tumit tinggi walaupun
hakikatnya daripada pilihan yang ada, aku sebenarnya lebih teruja untuk melihat
hati mamat tanah liat ni digilis dengan lori bancuh simen! Biar hati dia lebih
menghargai sedikit perasaan orang lain, lebih-lebih lagi perasaan aku yang dah
banyak kali terguris dan teraniaya di tangannya. Oh, sadis sekali...
Kalau nak tahu, mamat ni bukan saja memiliki sekeping hati yang diperbuat
dengan tanah liat, malah mukanya itu pula diperbuat daripada lebihan bahan
terbuang yang digunakan untuk buat Tembok Besar China. Memang muka tembok
betul. Bila aku pelawa dia untuk suapkan dia makan, terus dia celikkan mata dan
tegakkan sedikit badannya. Aku punyalah mati-mati dan berbaik sangka kononnya
tadi dia sedang tidur dan berehat setelah habis aku kerjakan mata dia yang
lebam tadi tu.
Tapi tak jadi pulak nak marah. Demi koleksi terbaru Rizman Ruzaini dan
beberapa lagi koleksi terbaru pereka fesyen terkenal yang lain yang akan ditaja
oleh lelaki itu, ‘Sherry’ pendamkan saja segala rasa yang boleh meletuskan
kemarahan yang berkemungkinan akan menyebabkan lelaki ini terlantar seminggu
dua di wad kecemasan.
“Aku tak suka telur rebus la. Kecik sangat. Kejap aje dah habis. Pergi
buatkan aku telur mata kerbau,” arah Azfahan sesuka hati. Tak padan dengan mata
lebam.
‘Sherry’ terpaksa akur. Dia tidak berani nak bersuara. Hanya bibirnya saja
yang tercebik-cebik tanda protes.
Tak mengapa... hari ini saja dia akan melayan segala kemahuan Azfahan. Hari
lain, no way!
Azfahan yang sudah membuka mulutnya luas-luas, terhenti apabila dia perasan
ada beberapa biji kacang goreng di dalam sudu yang hampir masuk ke dalam
mulutnya.
“Aku memang dari dulu lagi tak makan kacang lah. Aku sangat cerewet dalam
soal makan kerana aku percaya, apa saja makanan yang masuk dalam badan aku akan
beri kesan pada kesihatan dan penampilan aku. Kau pun boleh perasan dari kulit
muka aku kan? Jauh lagi bersih daripada muka kau yang berminyak tu.”
‘Sherry’ mendengus menahan rasa nak marah.
“Dah! Pergi buang kacang-kacang tu semua.”
Azfahan pula masih dengan sikap mengarahnya. Wajah ‘Sherry’ langsung tidak
dipandang.
‘Sherry’ pun berpatah semula ke dapur untuk mengasingkan kacang goreng dari
bekas pinggan berisi nasi lemak di tangannya. Sepanjang kerjanya, bibirnya
bergerak-bergerak mengejek Azfahan yang cerewet itu.
Selesai memberi makan pada anak raja yang ada pertalian darah dan bau-bau
bacang dengan Kate Middleton itu, ‘Sherry’ pun mula mengemas segala bekas
mangkuk, cawan dan juga pinggan di dapur. Memang pagi ini dia terlebih rajin
menyediakan sarapan nasi lemak. Kan tadi dah kata. Semangatnya akan menjadi
luar biasa bila disentuh bab membeli-belah ni. Tapi tak sangka pula agenda itu
terpaksa ditangguhkan. Ruginya...
Yang untungnya mamat itu lah sebab aku tengok dia siap minta tambah lagi nasi
lemak special hasil air tangan aku tu.
Kalaulah awal-awal lagi aku tahu yang dia nak cancel program beli-belah tu, dah lama aku tabur cili masak lebih
dan kalau boleh segala spesis cili yang pelik-pelik yang ada kat dunia ni. Tak
pun gantikan sambal nasi lemak tu dengan sambal belacan. Biar meletup usus-usus
besar mahupun kecil yang ada kat dalam perut dia tu.
Astaga... Kenapalah aku boleh jadi
sekejam ini hanya disebabkan tak dapat shopping? Tak baik tau! Kalau lagi teruk
sakitnya, makin lambatlah dia dapat penuhi permintaan aku.
Tapi hati aku ni lagilah sakit. Aku penat-penat masak, dia bukan nak puji
pun. Padahal sampai tiga pinggan dia tambah.
“Tak sedap langsung nasi lemak kau ni. Apalah nak jadi. Dah lah rupa pun
tak ada. Memasak pun tak reti. Macam manalah lelaki nak suka dekat kau! Nampak gayanya, sampai ke tua lah kau jadi anak dara!"
Ya ALLAH... Boleh bayang tak betapa hancurnya perasaan aku? Menyesalnya aku
buat baik dengan dia. Siap suapkan lagi semata-mata nak ambil hati dia. Tapi
ini balasan yang aku terpaksa terima? Mahu aje aku lumur muka dia dengan sambal
nasi lemak! Biar padan muka dia!
SEMATA-MATA ingin memastikan mata
yang lebam itu sembuh sepenuhnya, ‘Sherry’ kelihatan begitu nekad sekali dan
sanggup melakukan apa saja meskipun dia kelihatan sangat terdesak. Dah macam
memperbodohkan diri sendiri pun iya jugak. Seperti sekarang ini lah. Walaupun
dia terpaksa bersimpuh di atas lantai sampai bengkak buku lalinya, dia tidak
kisah. Asalkan mata Azfahan cepat sembuh, supaya lagi cepat dia dapat mengajak
lelaki itu membawanya keluar membeli-belah. Dia dah kata yang dia cuma bagi
voucher kat aku tak sampai 1K. Walaupun 1K tu aku anggap lebih daripada cukup,
tapi seharusnya aku menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya.
Memandangkan promosi hanya sampai tiga hari saja, jadi lebih baik untuk aku
memastikan aku berjaya sembuhkan lebam pada mata dia sebelum tempoh tiga hari
yang berkuatkuasa bermula dari hari ini. ‘Sherry’ berkira-kira di dalam hati.
Rasa-rasanya sudah hampir dua jam dia duduk bersimpuh di situ dengan tangan
yang tidak henti-henti angkat naik mendemah uncang berisi ketulan-ketulan ais
di bahagian mata Azfahan yang lebam itu. Tengok daripada gayanya, dah macam
tengah angkat dumbel lah pulak.
Jangan sampai tumbuh muscle sudahlah!
Tapi berhasil walaupun basah lencun seluruh muka dan rambut Azfahan apabila
ketulan ais itu mencair. Bahagian lebam dilihat sudah semakin surut walaupun
naik kecut mata lelaki itu sebagaimana kecutnya jari-jemari bila berendam
lama-lama dalam air sungai yang sejuk. Lebih kurang macam tu lah keadaan mata Azfahan
kalau nak digambarkan.
Tapi aku tengok mamat ni macam tak perasan aje muka dia basah dengan ais. Alah
apa nak hairan. Dia kan kuat berangan. Entah-entah dia tengah mimpi main baling-baling
ais dengan Sazzy si supermodel tu.
hahaha... sweeettt ^_^
ReplyDeleteAlahai cumelnya lah.... #^_^
ReplyDeletewahh tak sabar nak tgk sherry versi voke baru ternganga si azfahan dengan abg di nanti ... :P
ReplyDeletesherry2 asyik shopping je yang dia ingat...
ReplyDeleteyg si azfahan no mesti berangankan Sherry la tu..
hahahaha bila la depe nak terbukak hati tuk masing2 ni?
ari tu tanya sebab ada yg pnggil writer ni kak.. tu yg konfius tu..
ReplyDeleteCEPATLAH SAMBUNG YA TQ.
ReplyDeletecikgu oh cikgu nk tnye soklan si sherry nie cm daa lme duk kt kl je..demi nk gi shooping sanggup wt ape je..haha..mmg pon klao kite nkkan sesuatu mesti berkorban.. skrg nie sheerry korbankan perasaan sakit ati semate2 nk gi shoping yg konfem ditaja oleh han XP jeleznye...
ReplyDelete-nur athira-