29
MENGIKUT pelan asal Azfahan kalau boleh memang secepat yang mungkin dia mahu pulang ke vila bersama ‘Sherry’ bagi menjayakan rancangan mereka berdua. Tapi disebabkan dia masih ragu-ragu dengan kemampuan ‘Sherry’, terpaksalah dia sabarkan dulu hatinya untuk bertahan dalam seminggu dua lagi.
Padahnya, bermacam-macam alasan yang terpaksa dia reka untuk diberikan pada Puan Sri Zahlia setiap kali ibunya itu menghubunginya dari vila. Hampir-hampir ibunya mahu terbang sahaja dari sana ke Kuala Lumpur. Sebelum ni pun dah cukup banyak alasan yang dia berikan dan apabila sekali lagi dia meminta tangguh, alamatnya terpaksalah dia mendengar leteran dan bebelan orang tua itu. Dah tak sabar-sabar sangat agaknya orang tua tu nak bermenantukan manusia zaman purba tu!
Ceh! Jangan haraplah aku nak kahwin dengan perempuan tu!
Bukan apa, nak tak nak Azfahan memang terpaksa tangguhkan pelan dia untuk pulang semula ke vila. Kalau ikutkan hatinya, memanglah dia sudah tidak sabar-sabar lagi nak tengok Puan Sri Zahlia reject si ‘Sherry’ tu daripada menjadi menantu. Tapi sebelum itu, dia kenalah memastikan terlebih dahulu yang ‘Sherry’ betul-betul bersedia dengan apa yang perlu dilakukannya sewaktu mereka berada di vila nanti.
Jadi, atas sebab itulah dia menghantar ‘Sherry’ ke kelas lakonan yang dibimbing sendiri oleh pelakon Fauziah Nawi. Tak cukup dengan kelas petang, dia hantar pula ‘Sherry’ ke kelas lakonan Ellie Suriati pada sebelah malamnya pula. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia hantar ‘Sherry’ sampai ke New York Film Academy. Tetapi memandangkan sepatah haram perkataan Bahasa Inggeris pun ‘Sherry’ langsung tak faham, Azfahan terpaksa batalkan sahaja rancangannya itu. Haha...
Selepas lebih seminggu berulang-alik ke kelas lakonan, rasanya sekarang ini Azfahan sudah cukup yakin dengan kemampuan ‘Sherry’ selepas dia sendiri yang menguji bakat dan kemampuan ‘pelakonnya’ itu. Tiga hari dua malam jugaklah dia dan ‘Sherry’ mengadakan teater ala-ala macam dekat Istana Budaya tu dekat ruang tamu rumahnya yang luas itu! Dan ada jugaklah beberapa ketul pasu kristal yang pecah dek kerana ‘Sherry’ yang terlalu mendalami wataknya ketika itu. Nasib baiklah dia tak kisah sangat barang perhiasan kat dalam rumah tu sebab hampir kesemuanya ibunya yang beriya-iya belikan untuk dihiaskan di ruang tamu rumahnya. Kalau ikutkan dia, dia lebih suka rumahnya itu dalam keadaan seringkas yang boleh. Orang bujang lah katakan.
Jadi, selepas mereka betul-betul bersedia, pagi itu juga mereka berangkat untuk pulang ke vila. Di dalam kereta, berulang-kali Azfahan mengingatkan ‘Sherry’ dengan pesanan yang sama. Astro pun tak buat siaran ulangan sebanyak tu!
‘Sherry’ buat-buat tak dengar saja pada mulanya. Namun, setelah sejam lebih perjalanan dan apabila Audi R8 Azfahan membelok masuk ke dalam halaman tanah lapang vila yang luas itu, barulah dia mula terasa gegaran yang bermacam-macam jenis gegaran di dalam dadanya. Berdebar-debar kerana dia sedar, yang dia bukan sahaja dipaksa untuk berlakon, tapi dalam masa yang sama dia juga terpaksa menipu. Ingat senang ke nak buat dua kerja dalam satu masa yang sama?
Hati dan perasaan dan apa-apa sajalah organ di dalam badan ‘Sherry’ memang sudah terasa lain macam sejak dia terpandangkan Puan Sri Zahlia dari dalam kereta lagi. Dia dapat lihat tudung yang dipakai oleh wanita itu semakin labuh menutup penuh bahagian dadanya, tidak seperti kali terakhir dia melihat wanita itu dengan imej barunya di dalam gambar. Puan Sri Zahlia hanya mengenakan turban tak pun selendang yang menutup separuh sahaja daripada rambutnya.
Alhamdulillah... Puan Sri Zahlia menunjukkan perubahan yang semakin baik. Mungkin dia fikir yang tak lama lagi, seorang lagi anaknya akan mendirikan rumah tangga. Boleh jadi perkara itu juga menjadi iltizam buat wanita itu untuk terus melakukan perubahan ke arah menjadi seorang ibu yang lebih baik.
Mengenangkan semua itu, maka semakin serba salah lah ‘Sherry’ jadinya. Gelisah semacam aje dia ketika itu sampai berpeluh-peluh dia di dalam kereta. Padahal keadaan di dalam kereta ini sejuknya tak terkata!
Ya ALLAH, rasa macam tak sanggupnya aku nak teruskan lakonan ni. Lagi tak sanggup bila tengok muka Puan Sri Zahlia yang berseri-seri dengan senyuman lebar dan mata yang bercahaya pandang ke arah aku.
Perlu ke aku teruskan jugak? Kalau tak diteruskan, mengamuklah jin kat sebelah aku ni. Dah banyak dia berhabis untuk pastikan rancangan kita orang ni berjaya. Lagipun, aku memang tak sanggup nak kahwin dengan dia walaupun aku tahu kalau aku jadi isteri dia, mesti tiap-tiap hari aku dapat beli baju baru. Tapi tak nak lah kalau berkahwin semata-mata sebab harta. Aku tak semurah itu okay walaupun aku memang tak pernah tetapkan harga yang tinggi untuk hantaran mahupun mas kahwin! Sebab bagi aku, kecantikan aku tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Haha!
“Dah, jom keluar. Ingat, buat sehabis baik. Kalau kau rasa kau tak mampu nak lakukan pun, kau bayangkan aje offer yang aku tawarkan kat kau malam tadi.”
Azfahan sengih tawar sambil menoleh memandang dia di sebelah. Tapi, ‘Sherry’ langsung tidak nampak semua itu. Dia hanya tunduk merenung beg tangannya yang diletakkan di atas paha. Nampak macam nak menangis pun ada.
Namun, dalam keadaan emosinya yang huru-hara dan terganggu begitu, dia memaksa juga dirinya keluar dari kereta. Sebaik sahaja kakinya mencecah tanah dan elok saja dia berdiri dengan sempurna, tubuhnya terus disambar sebelum dipeluk seseorang. Dia tidak terkejut sangat apabila diperlakukan sebegitu jadi mungkin sebab itu dia memejamkan matanya yang sudah terasa hangat itu dengan serapat yang boleh. Dia biarkan sahaja tubuh kecilnya itu dipeluk oleh Puan Sri Zahlia.
“Rindunya auntie dekat kamu, Embun. Kamu apa khabar? Macam tak berseri aje muka tu. Kamu tak sihat ke?”
Di hujung-hujung, suara Puan Sri Zahlia bertukar risau, dan sedikit cemas. Azfahan pun perasan perubahan itu. Terkejut jugalah dia melihat sikap ambil berat ibunya itu terhadap ‘Sherry’. Patutlah beriya-iya dia suruh aku kahwin dengan perempuan yang jauh lebih mundur daripada kartun Flinstone ni!
Keadaan senyap untuk seketika.
Setelah mendapat kekuatan, barulah ‘Sherry’ membuka matanya perlahan-lahan. Dia tidak mahu membiarkan Puan Sri Zahlia tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti jawapannya. Malangnya, sebaik dia buka sahaja matanya, yang dia nampak adalah Azfahan memandangkan Puan Sri Zahlia kembali memeluk tubuhnya. Cuma, wanita itu memeluk pinggangnya saja dan melentokkan kepala ke bahunya. Tak tahu pula dia yang Puan Sri Zahlia yang kerek ni semanja dan sepenyayang ini orangnya.
Memang dia hendak jawab pun pertanyaan Puan Sri Zahlia yang dibiarkan sepi itu tadi. Namun sebaik dia buka matanya sekejap tadi, dia terus terpandangkan Azfahan yang sedang menjeling tajam dari tempat dia melabuhkan sebelah punggungnya di hadapan Audi R8 kebanggaannya.
Dan sudah tentu-tentulah dia memahami maksud jelingan itu walaupun kaca mata gelap masih tersidai di telinga lelaki itu. Cuma tadi dia terlupa. Mungkin kerana dia berasa terlalu terharu bila dipeluk begitu. Membuatkan dia jadi tak sampai hati. Tapi dia tahu, dia dah tak boleh berundur lagi. Dia mesti teruskan juga lakonannya untuk menyakitkan hati Puan Sri Zahlia sekaligus membuatkan wanita itu benci sehabis benci kepada dirinya.
“Diam aje. Sihat tak bakal menantu auntie ni?” Puan Sri Zahlia bertanya lagi setelah melihat ‘Sherry’ terus mendiamkan diri. Lebih kepada ingin mengusik sebenarnya sewaktu soalan itu diajukan.
‘Sherry’ pula memang sudah lama hilang kata-kata. Tanpa sedar, dia mengangguk bagi menjawab soalan Puan Sri Zahlia itu. Sedar akan silapnya, dia angkat semula kepalanya. Tak payah tengok muka Azfahan pun dia dah boleh agak bagaimana reaksi lelaki itu. Tentu Azfahan bengang dengan kecuaiannya tadi. Sepatutnya, bukan begitu reaksi yang perlu dia tunjukkan!
“Tapi kalau tak ada apa-apa, kenapa muka Embun gelisah semacam aje auntie tengok? Ada masalah ke? Atau Han ada buat apa-apa dekat Embun? Mengadu aje kat auntie. Tak payah segan-segan. Tahulah auntie macam mana nak ajar dia. Auntie pun dah lama sangat rasanya tak praktik silat gayung yang auntie belajar zaman anak dara dulu.”
Puan Sri Zahlia bercakap sambil merenung geram ke arah Azfahan yang sedang pura-pura sengih.
‘Sherry’ pula masih kelihatan tidak sanggup untuk mengeluarkan apa-apa dari mulutnya untuk menyakitkan hati wanita yang seorang ini. Jadi, dia diam lagi. Dan dia tahu, Azfahan tentu makin bengang dengan kebisuannya. Dia sepatutnya bercakap secara kasar dengan wanita ini sebagaimana yang Azfahan mahukan. Tapi, entahlah... Dia tak sanggup!
“Cepatlah cakap kat auntie, apa masalah Embun sebenarnya ni? Macam tak biasa pulak lah Embun ni. Kita kan dah janji nak jadi geng!” Puan Sri Zahlia menumbuk lembut bahu ‘Sherry’.
“Tak ada apa-apalah, auntie!”
“Tipulah!”
“Betul. Tak ada apa-apa.” Sherry lekatkan lagi matanya ke muka Azfahan. Lelaki itu sudah pun menanggalkan cermin mata gelapnya. Makin gelisah ‘Sherry’ dibuatnya apabila mata itu menentang pandangannya dengan penuh emosi.
“Kalau tak ada apa-apa, kenapa macam muram aje ni? Hurmmm...?
Puan Sri Zahlia mengeratkan lagi pelukannya pada pinggang ‘Sherry’. Lantas, peluang itu ‘Sherry’ gunakan untuk menyakitkan hati wanita itu kerana dia merasakan, inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh Azfahan untuk dia gunakan dengan sebaik-baiknya.
“Memang tak ada apa-apalah, auntie. Embun cuma tak suka auntie peluk Embun macam ni. Rimaslah! Dah tua-tua pun nak bermanja-manja lagi. Tak sedar diri betullah auntie ni! Habis komot cardigan Embun ni!” Sambil pejamkan mata, ‘Sherry’ cuba mengambil mood untuk memulakan lakonannya.
Sebaik matanya dibuka, cepat-cepat dia merengus. Kebetulan pula matanya merah akibat tak cukup tidur malam tadi kerana memikirkan tentang hari yang perlu dia lalui sekarang ini. Maka dengan itu, ketika ini dia kelihatan cukup bengis dan garang sekali di mata Puan Sri Zahlia.
Sah-sahlah Puan Sri Zahlia terkejut bila tengok dia berubah sehingga begitu sekali. Sebelum ni pun walau Puan Sri Zahlia cukup suka memarahi dan meleterinya, dia tidak pernah menengking wanita itu. Menjawab tu pernahlah sekali-sekala.
‘Sherry’ mengeluh.
Ya ALLAH, apalah yang aku dah buat ni. Tolonglah, aku dah tak sanggup nak teruskan lagi. Kesiannya aku tengok air muka dia. Nampak sangat dia tersangat kecil hati dengan layanan kasar aku tadi.
Bila Puan Sri Zahlia senyum semula seperti biasa, ‘Sherry’ berasa lega sedikit tapi dia tetap tak boleh terima kerana dia tahu Puan Sri Zahlia cuma berpura-pura sedapkan hatinya sendiri.
Lantas, sekali lagi matanya mencari muka Azfahan. Dia nak bagitahu lelaki itu yang dia nak hentikan permainan ini! Tapi bila dia lihat daripada gaya lelaki itu memandangnya, dia tahu yang dia sudah tiada pilihan. Ya ALLAH, kenapalah dari awal-awal lagi aku tak tolak aje rancangan mengarut mamat tiga suku ni!
“Maaflah, auntie tak sengaja...”
Puan Sri Zahlia meminta maaf dengan suara seperti berjauh hati. Tetapi mukanya tetap ceria. Atau mungkin saja dia berpura-pura ceria dan cuba melupakan hatinya yang telah terguris sekejap tadi.
‘Sherry’ mengeluh lagi, entah untuk ke berapa kali. Tanpa pilihan yang ada, sekali lagi dia terpaksa melakukannya demi mahu menyakitkan hati wanita di hadapannya ini.
“Senangnya auntie minta maaf ya. Mentang-mentanglah sebut perkataan maaf tu cuma guna air liur aje. Setakat air liur, bukan aje manusia, binatang pun ada air liur jugak tau, auntie. Jadi apa kata auntie ambil cardigan Embun ni, pergi iron sampai licin macam sebelum auntie kedutkan cardigan Embun tu tadi.” Cukup selamba ‘Sherry’ menengking wanita itu.
Kemudian, dengan muka yang tidak berperasaan, terus ditanggalkan cardigan yang tersarung pada tubuhnya. Lalu, tanpa memandang muka Puan Sri Zahlia, dia terpacak sahaja seperti tunggul menunggu di situ sehingga Puan Sri Zahlia menyambut cardigan yang dia gantungkan pada hujung jari telunjuknya dengan pandangan yang langsung tidak memandang ke arah wanita itu.
Sebaik saja Puan Sri Zahlia menyambut cardigan yang dihulurkan, ‘Sherry’ terus berlalu begitu sahaja untuk masuk ke dalam vila. Hakikatnya, dia tidak sanggup nak berlama-lama di situ atau lebih tepat lagi, dia tak sampai hati. Tak sampai hati nak tengok reaksi pada raut Puan Sri Zahlia ketika ini.
Kejamnya kau wahai Azfahan. Kenapa watak ini juga yang kau suruh aku bawa? Bukankah dengan rupa paras aku yang jelita ini aku sepatutnya lebih sesuai bawa watak puteri Snow White? Tak pun watak Cinderella? Tapi kenapa watak ala-ala mak tiri jugak yang kau bagi kat aku? Ni yang aku tak puas hati ni!
“Mummy okay tak ni?” Azfahan yang sudah berdiri di sebelah Puan Sri Zahlia bertanya pada ibunya yang masih lagi mahu menyembunyikan kesedihannya. Bahu ibunya itu dipeluk seperti selalu. Hakikatnya, dia sendiri tidak sanggup melihat ‘Sherry’ menyakitkan hati ibunya tetapi dia terpaksa juga meneruskan lakonan ini. Mummy tak tahu betapa dia tidak dapat menerima hakikat bila dipaksa berkahwin juga dengan si ‘Sherry’ tu. Dia tak nak! Sebab itulah dia terpaksa melakukan semua ini.
Azfahan berganjak dan berdiri pula di hadapan Puan Sri Zahlia dan memandang wajah ibunya dengan pandangan sayu.
Puan Sri Zahlia terus mengukir senyuman palsu lalu memegang kedua belah pipi anaknya yang seorang itu. Diusap-usapnya pipi anak kesayangan.
“Mummy okaylah. Cuma, Han jangan marah dia pulak ya. Mummy tak suka. Embun tu dia cuma penat aje tu mummy rasa. Ni mesti kamu banyak suruh dia buat kerja kan?”
Puan Sri Zahlia sudah merenung anak keduanya itu dengan pandangan yang kurang senang. Dan apabila Azfahan kelihatan seperti teragak-agak, terus lengan anaknya itu dicubitnya sekuat hati.
“Patutlah budak tu bad mood semacam aje! Kalau nak buli pun, bulilah orang lain! Tapi bukan bakal menantu kesayangan mummy tu. Ingat tu!” Puan Sri Zahlia memberikan amaran sebelum dia melangkah terus masuk ke dalam vila.
Azfahan yang masih tinggal di belakang sedang mengusap-usap lengannya yang merah. Berkerut-kerut dahinya memikirkan sikap aneh ibunya tadi.
Sayangnya mummy dekat budak tu. Apa yang budak tu dah buat dekat dia agaknya sampai sayang sangat macam tu sekali? Dah kena tengking pun dia boleh bela budak tu lagi. Nampaknya aku kena mantapkan strategi ni. ‘Sherry’ pun nampak gayanya kena tingkatkan lagi mutu lakonan dia. Dialog dan skrip pun nampaknya aku terpaksa ubah supaya lebih mantap!
Insya-ALLAH, esok lusa comfirm mummy akan benci giler punyalah dekat budak ‘Sherry’ tu! Aku jamin!
PUAN SRI ZAHLIA terkedek-kedek mengekori ‘Sherry’ dari belakang. Nampaknya dia masih tidak serik, dan masih juga ingin bermesra-mesra dengan bakal menantu kesayangannya itu. Macam mana tak sayang. Sekarang ni hubungan dia dengan Tan Sri Jaafar pun makin mesra dan bertambah mesra sampaikan dalam usia begini pun, mereka masih lagi berhoneymoon sampai ke luar negara, mengalahkan orang muda. Itu pun Tan Sri Jaafar yang beriya-iya mengajaknya. Dan dia berterima kasih sangat-sangat pada Seri Embun kerana telah menyebabkan perubahan yang besar itu.
Kalaulah Puan Sri Zahlia tahu cerita yang sebenar...
“Embun, boleh tak Embun buatkan jus buah untuk auntie. Rindunya auntie dengan jus air tangan Embun.”
‘Sherry’ yang baru saja meletakkan beg tangannya ke atas sofa, menoleh. Dia dapat lihat betapa terujanya riak pada wajah wanita itu. Siap dicantumkan telapak tangan kanan dengan tangan kirinya macam gaya orang nak minta ampun pulak. Begitu sekali Puan Sri Zahlia berharap.
Pelik sungguh. Minta air jus pun macam nak minta barang kemas aje dari aku. Kasihan betullah aku tengok perempuan ni. Kekurangan vitamin C ke apa dia ni?
Pelik lagi. Bukan ke sepatutnya Puan Sri Zahlia merajuk dengan aku sebab aku marah-marah dia tadi? Hurmmm... Kebal jugak ya dia ni. Kalau macam ni, lagi lamalah aku kena tinggal kat dalam vila ni selagi tak berjaya buat perempuan ni benci dan halau aku keluar dari sini.
Tinggal kat vila bermakna lagi lamalah aku kena hadap muka jin sorang tu. Tak kuasa aku! Aku dah tak sabar-sabar sangat dah ni nak putuskan hubungan silaturrahim dengan lelaki tu!
“Hurmmm... baiklah, auntie. Embun masuk dapur kejap ya, tengok buah apa yang ada.”
‘Sherry’ mengukir senyuman nipis sebelum melangkah untuk masuk ke dalam dapur. Puan Sri Zahlia pun mengangguk dengan senyuman yang makin lebar.
“Tapi kali ni, auntie nak jus yang special dan lain daripada yang lain tau.”
Kali ini giliran ‘Sherry’ pula yang mengangguk sambil tersenyum sebelum dia menyambung semula langkahnya tetapi terhenti sekali lagi setelah beberapa langkah.
Eh bukan ke patutnya aku buat muka meluat, dan tolak saja permintaan dia yang suruh aku buat jus untuk dia tadi? Alahai, cepatnya aku boleh lupa. Hurmmm... Itulah payahnya bila manusia yang terlalu mulia dan baik hatinya dipaksa untuk berubah jadi jahat. Sesungguhnya, aku memang tak mampu dan tak pandai langsung nak berlakon jadi jahat!
“Ehem, Ehem!” Ketika suara jin itu bagi warning, ‘Sherry’ sudah pun hampir melepasi ke ruang dapur. Tapi rasanya tak perlulah dia menoleh. Sebab dia tahu, Azfahan sedang mengingatkannya dalam diam.
Habis tu aku nak buat apa sekarang ni untuk sakitkan hati Puan Sri Zahlia tu?
Di dalam dapur, ‘Sherry’ lihat dua orang pembantu rumah vila ini sedang bertungkus lumus menyiapkan makanan tengah hari. Rajin sungguh sampai tak perasan pun aku yang cantik ni dekat sini. Ni mesti banyak gaji diorang yang Tan Sri Jaafar bayar ni sampaikan begitu sekali tahap kerajinan diorang.
“Assalamualaikum, masak apa tu?” Macam tak kena aje gaya aku tegur. Ah, lantaklah. Malas aku nak tanya khabar bagai.
Salah seorang daripada mereka menoleh. Itupun sekilas dan tak sampai beberapa saat pun. Kemudian, kembali fokus dengan senduk di tangan.
“Masak kurma ayam, cik puan,” beritahunya tanpa menoleh. Kesian... Dapur sebesar ni pun diorang boleh berpeluh-peluh.
Eh, apa dia cakap tadi. Kurma ayam? Dahi ‘Sherry’ berkerut. Tidak lama selepas itu dia tersenyum pula, menggantikan kerutan pada dahi yang sudah lenyap.
Dari situ saja dia boleh dapat satu idea. Tapi macam tak sanggup pulak nak laksanakan idea tu. Macam kejam sangat aje. Ahhh, kejam-kejam aku pun, projek ni semua datang dari buah fikiran anak dia jugak. Aku cuma menjalankan perintah aje! Kalau mengamuk orang tua tu, salahkanlah anak kesayangan dia!
zalimnya anak jantan dia tu... heheheh tapi dia tak sedar ke selama dia ada embu aka syerry tu hidup dia berbunga2 lbh :)? hmmm siap sherry .. dan sian puan tu :(
ReplyDeletehehehe...sabar2. nanti die sedar lettuw..hihi
DeleteBest..... tapi macam pendek je tak puas baca....nak lagi.... #^_^
ReplyDeletekali ni pendek sikit sbb busy dgn kerjaya baru. :)
Deletesherry rentikan jelah.. kalau la kakak kembar kau tahu...
ReplyDeletemampus kau kena pelangkung..
si Azfahan ni pun satu tergamak dia buat mak dia mcm tu.. ish3..
tunggu la lepas sherry pergi mesti ko tergila2kan dia..
hahaha...mesti azfahan tergila gilakanla nanti ;)
DeleteCerita ni memang best. Sorilah baru first time ni nak komen. Agak keliru dgn watak Seri Embun dan adik kembarnya. Writer bercadang nak buat sampai bab berapa ye? Harapnya novel ini dapatlah diterbitkan. Good luck! ^__^
ReplyDeletesaya akan teruskan smpi bab akhir jika tiada halangan drpd penerbit. stick dgn blog ni k utk tahu endingnya. thnx sudi baca n komen
Deleteala pendeknye xpuas la.X sbr nak tgk azfahan sedar yg die sebenarnye cinta kat sherry n mgkn akan tarik blk plan die tue..
ReplyDeletehehe.tungguuuuuuuuuu...entry kali ni pendek skit sbb minggu ni sy kena jadi guru ganti di sebuah skolah. huhu
DeleteTak sampai hati pulak baca entry kali ni.si azfahan ni tak rasa berdosa ke dgn mak dia? Tak rasa kesian ke mak dia ditengking mcm tu? Stress dgn azfahan. Hehe. Ohh...jadi cikgu ke? Hmm...busy tu.nak2 awal tahun.penuh dgn aktiviti sukan & kokurikulum. :)
ReplyDeleteitulah agak busy jugak laaa...heeee...tp akan ttp cuba update. jenguk2 slalu k :) Thanks...
Deletemacamana tetiba seri embun 'hilang' dlm cerita ni dn keluar pulak c 'sherry'..x phm laaa..atau sy yg termiss bab 'hilang ' tu???...hu3
ReplyDeleteape2 pon... syabas... sy suka cerita ni... teruskan penulisan anda wlwpun bz..hi3
Thanks banyak2 sudi baca. Kena baca betul2 baru faham. hee..Tapi klu x paham, baca terus pun takpe. Nanti segala rahsia akan terbongkar :)
Deletejus???sherry kne wt juss die reti ke??? silap2 bocor rhsie lbh aaawal :P
ReplyDelete-nur athira-