55
KG!
Akhirnya setelah berminggu-minggu
mengikuti kelas yang tidak diiktiraf di bawah seliaan Seri Embun, Puan Sri
Zahlia berjaya juga mendapatkan bentuk badannya yang asal, berbanding berat
badan sebelum ini iaitu 61 kg.
Sebenarnya sebelum ini pun badannya
tidaklah terlalu berisi. Sekadar gempal dan agak gebu sahaja. Cuma agak
menyesakkan mata jugalah kalau dia mengenakan kebaya, pakaian yang hampir
setiap hari dipakainya itu.
Dengan muka yang tidak berapa ceria,
Puan Sri Zahlia turun daripada mesin penimbang yang terdapat di dalam
perpustakaan mini di dalam vila itu.
Seri Embun mengerutkan dahinya.
Pelik pula menengokkan muka Puan Sri Zahlia yang tidak ceria itu padahal dia
sendiri berasa teruja bila dia yang mengintai dari belakang Puan Sri Zahlia
tadi dapat lihat penurunan yang mendadak pada berat badan wanita itu dalam
tempoh beberapa minggu ini.
“Kenapa ni, Puan Sri? Macam tak happy aje?” Takut-takut dia bertanya.
Bukannya takut kena hamun. Tapi takut kalau Puan Sri Zahlia makin terasa hati
bila diajukan soalan begitu.
Bukannya dia tidak tahu masalah yang
sedang melanda majikannya itu. Tapi Puan Sri Zahlia ni pun satu. Suami sebaik
Tan Sri Jaafar pun dia nak letak rasa curiga juga.
Menggeleng kepala Seri Embun bila
diingat balik perbualannya dengan Tan Sri Jaafar tempoh hari.
“Tan Sri, Embun nak tanya sesuatu
boleh tak?” Ketika itu, Tan Sri Jaafar sedang mebaca surat khabar di halaman
villa. Tidak berani pula dia nak duduk di sebelah lelaki itu. Takut kalau-kalau
Puan Sri Zahlia cemburu. Puan Sri Zahlia tu bukan boleh. Dengan suaminya yang
lembut orangnya ini pun dia boleh tuduh yang bukan-bukan. Bukannya nak selidik
dulu.
“Betul ke Tan Sri ada affair dengan perempuan lain?” Dia
bertanya selepas menerima isyarat daripada usahawan hebat itu.
Tan Sri Jaafar ni memang nampak
sopan, jauh lebih sopan sebenarnya daripada anaknya Azfahan itu. Hanya satu
persamaan mereka, iaitu kedua-duanya sentiasa nampak tenang dan bersahaja walau
dalam apa keadaan sekalipun.
“Perempuan mana pulak ni?” Tengok!
Sewaktu Tan Sri Jaafar bertanyakan soalan itu pun dia boleh tersenyum lagi.
Alah, nama pun usahawan berjaya. Setakat khabar angin yang menuduhnya ada affair dengan perempuan lain, apa
sangatlah yang nak dihairankan memandangkan seseorang usahawan itu sendiri
perlu menempuhi terlalu banyak perkara yang menyakitkan sebelum mereka berjaya
dan berada di tahap yang membanggakan.
“Entahlah, Tan Sri. Embun tanya ni
pun sebab Embun risaukan Puan Sri. Kalau ikutkan, Embun memang tak percaya
langsung dengan apa yang Puan Sri cakapkan sebab Embun yakin yang Tan Sri ni
seorang suami yang baik. Tapi memandangkan Puan Sri semacam tak ceria aje
mukanya, itu yang Embun beranikan diri untuk bertanya ni. Maaflah Tan Sri ya
sebab Embun tahu Embun tak ada hak untuk masuk campur.”
Daripada perbualan mereka itu,
tahulah Seri Embun yang Puan Sri Zahlia sememangnya telah menaruh syak wasangka
yang melampau terhadap suaminya sendiri.
“Apa-apa ajelah makcik sorang tu.” Tab Sri Jaafar tergelak
halus sambil kepalanya menggeleng.
“Sebenarnya perempuan yang Puan Sri nampak tu
kawan baik saya sendiri. Dia bukannya perempuan, tapi pondan. Shahrul namanya.
Dia baru saja balik dan ambil keputusan untuk menetap semula dekat Malaysia ni
selepas lima tahun dia tinggal dekat UK. Dulu si Shahrul tu tak ada lah lembut
sangat tapi bila dah menetap dekat UK sana tu, makin menjadi-jadi pulak perangai
‘lembut’ dia tu. Siap buat pembedahan tukar jantina. Astaghfirullah... minta dijauhkan daripada anak cucu kita.
“Tapi sekarang ni dia nampak macam menyesal
dengan tindakan dia tu. Itu yang saya sendiri pujuk dan nasihatkan dia. Dia pun
lelaki jugak macam saya, jadi setakat pegang-pegang bahu untuk tenangkan
perasaan dia, saya rasa tak salah. Mungkin waktu tu lah agaknya Puan Sri ada
ternampak saya dengan kawan saya tu. Mungkin dia ingat saya sengaja nak
bermesra dengan kawan saya tu. Gila apa! Takkanlah saya ni dah terdesak sangat
sampai nak lepaskan nafsu dekat pondan. Kawan sendiri pulak tu!”
Seri Embun ketawa sekuat hatinya.
Kuat betul cemburu Puan Sri Zahlia ni ya sampaikan pondan dengan perempuan pun
dia dah tak boleh nak bezakan. Alah tak boleh nak salahkan Puan Sri jugak.
Sekarang ni dengan bermacam-macam kecanggihan teknologi, lelaki yang mukanya
seganas-ganas Mike Tyson pun boleh ditransfer
menjadi seayu-ayu dan secomel-comel Nora Danish. Lagipun dunia dah akhir
zaman. Jadi apa nak hairan? Kira berasas jugalah syak wasangka Puan Sri Zahlia
itu.
“Diam aje Puan Sri ni. Cepatlah
bagitahu, kenapa Puan Sri macam tak happy
aje ni?” Dia bertanya lagi setelah agak lama Puan Sri Zahlia yang semacam
termenung itu mendiamkan diri.
“Entahlah Embun. Aku ingat bila aku
dah berjaya dapatkan balik badan aku yang cantik macam aku muda-muda dulu, Tan
Sri akan habiskan banyak masanya dekat rumah. Tapi sampai sekarang orang tua tu
lagi banyak habiskan masa dia dekat office.
Macam manalah aku nak happy? Buat
penat aje aku beriya-iya turunkan berat badan. Ingatkan sebagai isteri, aku ni
nak tarik perhatian dia. Tapi dia pulak macam tak tertarik langsung. Puji pun
langsung tidak! Macam tak perasan aje badan aku yang dah slim ni!”
Seri Embun tersenyum mendengarkan
luahan hati majikannya itu.
“Puan Sri, Puan Sri janganlah ambil
hati dengan Tan Sri tu. Tan Sri tu kan macam anak-anak lelaki Puan Sri jugak.
Diorang semua tu berlagak macho aje
tu, itu yang Tan Sri buat-buat tak perasan aje isteri dia yang dah makin cantik
ni.”
“Sudahlah Embun. Tak payahlah kau
pulak yang beriya-iya nak sedapkan hati aku ni.” Puan Sri Zahlia yang duduk di
atas salah sebuah kerusi di dalam bilik bacaan itu langsung tidak memandang
wajah Seri Embun. Sedari tadi dia menunduk dan cuma memandang hujung kakinya
sahaja.
“Mana ada nak sedapkan hati, Puan
Sri. Embun ikhlas ni. Puan Sri memang dah cukup sempurna pada mata Tan Sri. Tapi
kan Puan Sri... ada satu lagi yang masih kurang. Masih belum cukup.”
“Apa dia?”
Barulah Puan Sri Zahlia mendongak.
Teruja dia ingin tahu. Apa lagi yang kurang?
PUAN
SRI ZAHLIA sendiri tidak faham kenapa Seri Embun beriya-iya mengajaknya
datang ke butik AfkaDelina kepunyaan anaknya Afka dan juga arwah bekas
menantunya yang telah lama meninggal dunia itu. Sejak arwah meninggal, jangan
kata Afka, dia sendiri yang boleh dikatakan rapat dengan arwah Delina juga
sudah lama tidak ke sini.
Namun ketika ini, dia lihat satu
perubahan besar pada butik tersebut. Nama Butik AfkaDelina itu siap ditulis
dengan huruf jawi. Pakaian-pakaian yang dijual pula semuanya pakaian muslimah
termasuklah tudung yang turut dijual di situ, berbanding sewaktu awal-awal
butik itu beroperasi dulu.
Baguslah kalau dah diubah.
Sekurang-kurangnya boleh menjadi bekalan saham buat arwah. Insya-ALLAH,
mudah-mudahan, doanya di dalam hati.
“Puan Sri, cuba Puan Sri sarungkan
tudung ni.”
Puan Sri Zahlia yang kelihatan
seperti sedang termenung dan memandang sayu ke satu arah. Sebenarnya dia
seperti ternampak-nampak kelibat arwah di dalam butik tersebut. Rindunya dia
pada arwah...
Suara Seri Embun yang memanggilnya
terus mematikan lamunannya. Lantas, dia menoleh. Dia nampak Seri Embun sedang
menghulurkan sejenis tudung sarung berwarna hitam ke arahnya.
Pelik. Kenapa pula dia disuruh untuk
cuba tudung tu? Apa budak ni sengaja nak sindir aku atau nak malukan aku depan
pekerja-pekerja dekat dalam butik ni?
Awalnya, dia ingin memarahi sahaja
perbuatan Seri Embun yang dianggap biadap itu tetapi memandangkan beberapa
pekerja dan ada seorang dua pelanggan di situ, dia menyambut juga tudung yang
dihulurkan.
Bukannya dia benci dengan niat baik
Seri Embun itu. Cuma dia tidak suka dipaksa untuk melakukan satu-satu perkara
yang dia masih belum bersedia. Kalau boleh, biarlah dia melakukan sesuatu
kewajiban itu dengan hati yang ikhlas. Tapi, kalau nak tunggu hati jadi ikhlas,
sampai bila? Ajal pun datangnya bukannya boleh dijangka-jangka.
Sebagai menyedapkan hati Seri Embun,
ala kadar sahaja dia menyarung tudung tersebut pada kepalanya. Dia langsung
tidak berminat untuk melihat wajahnya di hadapan cermin. Kali terakhir dia
memakai tudung pun sewaktu zaman persekolahan dulu. Lepas tamat sekolah, sampai
sudah dia tak pernah pakai. Kalau ada pun, sekadar selendang yang hanya menutup
sebahagian kepalanya sahaja di mana sebahagian rambutnya yang diwarnakan perang
itu masih dapat dilihat. Itupun dia hanya mengenakannya sewaktu menziarahi
pusara arwah bekas menantunya, arwah Delina.
“Manisnya muka Puan Sri bila pakai
tudung...”
Seri Embun nampak teruja sekali
sebaik Puan Sri Zahlia yang sudah menyarungkan tudung pada kepalanya itu
menoleh memandangnya.
“Puas hati kau? Sekarang aku dah boleh
tanggalkan tak ni?”
“Eh, jangan Puan Sri! Nanti! Nanti
dulu!” Seri Embun menghalang. Kalut sungguh yang seorang ni pun.
Puan Sri Zahlia pula nampaknya sudah
rimas. Lagi-lagi bila tiba-tiba tangannya ditarik Seri Embun dan dibawa pula menuju
ke hadapan cermin yang terdapat di hadapan fitting
room di dalam butik itu.
Nak tak nak, demi memuaskan hati
Seri Embun, terpaksa jugalah dia memandang dirinya yang bertudung itu di
hadapan cermin. Lagi cepat dia tengok mukanya sendiri maka lagi cepat dia boleh
tanggalkan tudung tersebut.
Namun, sebaik dia menoleh dan
memandang cermin di hadapannya, tangannya yang hampir ingin menanggalkan tudung
yang tersarung di kepala terhenti tiba-tiba. Tangan itu seperti lumpuh, seperti
terlalu payah untuk digerakkan. Dia terkaku di hadapan cermin bersama satu
perasaan yang terlalu sukar untuk diungkapkan sebaik dia melihat dirinya yang
bertudung itu di hadapan cermin.
‘Ya ALLAH, perasaan apakah ini?’
P/S: Sebarang kritikan sama ada positif mahupun negatif teramatlah dialu-alukan. Penulis sangat memerlukan komen daripada pembaca sekalian. Terima Kasih. =)
Adik penulis ceriter ni tetap best dan menarik.
ReplyDeletedah dapat hidayah dah Puan Sri ni . kehkehkeh...
ReplyDeletepuan seri dah pakaitudung :)
ReplyDelete