Thursday, 13 December 2012

Isteri Paling Kelakar (BAB 19)



            SEBENARNYA tujuan dia membawa ‘Sherry’ ke butik pakaian pun memang dengan niat untuk membelikan pakaian baru yang mahal-mahal dan lebih trendy untuk dipakai oleh ‘Sherry’. Semua itu memang sudah dimasukkan awal-awal lagi sebagai salah satu rancangannya untuk membuatkan ibunya Puan Sri Zahlia bencikan perempuan kampung yang bernama Seri Embun a.k.a Sherry ini. Sangkanya ‘Sherry’ akan mati-mati menolak, tapi lain pula jadinya apabila ‘Sherry’ sendiri yang begitu beria-ia siap meminta sendiri daripadanya supaya dibelikan pakaian-pakaian di dalam butik milik pereka fesyen ternama itu.
            Peristiwa yang berlaku semalam itu membuatkan Azfahan menjadi rungsing. Kalau diikutkan, dia sebenarnya tidak perlu berasa rungsing memandangkan kerjanya akan menjadi lebih mudah apabila ‘Sherry’ seperti memahami sahaja apa yang dimahukannya. Tapi, entah mengapa dia boleh berasa tidak sedap hati pula. Berkali-kali terdetik di hatinya mengatakan yang ‘Sherry’ itu bukanlah Seri Embun, perempuan kampung yang pernah ditipu dan dianiayanya dulu.
            ‘Ahhhh... Lama-lama boleh gila aku jadinya kalau tiap-tiap masa sibuk fikirkan hal ni. Lantaklah kalau perangai Seri Embun tu dah bertukar. Seri Embun dengan ‘Sherry’ tetap manusia yang sama. Cuma namanya saja yang aku tukar. Tapi, mereka tetap orang yang sama. Seri Embun cuma ada satu saja dalam dunia ni. Dan ‘Sherry’ itu adalah Seri Embun!’ Begitu sekali dia menyedapkan hatinya sendiri. Kemudian, dengan garang yang dibuat-buat, dia terus menghampiri ‘Sherry’ yang sedang bersantai membaca surat khabar di ruang tamu. Siap goyang kaki lagi.
            Azfahan sempat menjeling penampilan gadis itu. Sewaktu dia masuk ke dalam rumah itu tadi, ‘Sherry’ hanya berkain batik yang dipadankan dengan t-shirt kosongnya. Tapi sekarang, ‘Sherry’ sudah menukarnya kepada blaus dan juga skirt labuh yang dibelinya semalam.
            Aku ingat nak suruh dia pakai baju tu semua waktu aku bawa dia balik ke vila tu semula. Tapi belum apa-apa, dia dah rasmikan dulu. Tak sedar diri betullah budak kampung ni!
            Melihat ‘Sherry’ yang masih tidak menyedari kewujudannya di situ, Azfahan sengaja berdehem.
            ‘Sherry’ terus menjatuhkan surat khabar yang menutup penuh mukanya. Meskipun penampilannya sudah berubah seratus peratus, ‘Sherry’ masih kekal bertudung. Terselit rasa kagum dalam hati Azfahan walaupun ciri-ciri gadis bertudung tidak pernah tersenarai dalam senarai calon isterinya. Teruk betullah mamat ni!
            “Sebelum kita balik ke vila, aku nak kau ubah diri kau tu mengikut kehendak aku.” Seperti biasa, manusia sorang ni akan sesuka hati saja meminta orang lain mengikut arahannya. Bossy!
            “Okay aje. Insya-ALLAH aku akan cuba buat apa saja yang kau suruh. Jangan kau transform aku jadi model seluar dalam macam girlfriend kau tu, sudahlah...”
            'Sherry' senyum menyindir. Dia ingat aku tak tahu ke girlfriend dia tu pernah peragakan jenama seluar dalam. Dia ni pun kalau nak cari bakal isteri tu, tak boleh ke cari yang elok sikit?
            “I’m serious, Sherry!” Azfahan menekan suaranya.
            “Aku pun serius apa,” balas ‘Sherry’ tanpa rasa takut walaupun Azfahan semakin serius dan tegas, siap merenungnya dengan mukanya yang tegang.
            “Aku nak kau berlakon jadi seorang perempuan yang garang, sombong dan biadap. Kau buatlah apa yang kau rasa terbaik untuk buat mak aku tu bencikan kau. Dan aku nak kau pastikan rancangan kita ni berjaya. Kalau berjaya, aku akan bagi kau ganjaran istimewa!”
            ‘Sherry’ terus tegak berdiri. Seperti ada kuasa yang menariknya. Bersinar-sinar bebola matanya.
            Azfahan memerhatikan saja dengan wajah meluat. Benci sungguh dia melihat senyuman ‘Sherry’ yang meleret-leret itu. Sukalah tu bila dengar aku nak bagi ganjaran! Tapi sejak bila Seri Embun ni berubah jadi perempuan mata duitan pulak? Dah kena rasuk ke budak ni? Lain benar perangai dia sekarang ni...
            “Jadi, kau nak aku buat apa?” soal ‘Sherry’ yang kelihatan sudah tidak sabar-sabar lagi.
            “Sebagai langkah pertama, aku nak kau buat aku takut dan tunduk pada setiap arahan kau.”
            “Apa motif kau suruh aku buat macam tu?” ‘Sherry’ menggaru-garu kepalanya. Satu sifat ‘Sherry’ yang Azfahan lihat sama seperti Seri Embun yang dulu adalah sifat lurus bendulnya. Yang itu memang tak pernah berubah sampai sekarang.
            “Kan aku dah cakap, aku buat semua ni supaya mak aku bencikan kau. Bila dia benci sangat-sangat dekat kau, jadi tak ada lah aku kena paksa kahwin dengan kau. Takkan kau dah lupa kot? Jadi, sebagai persediaan, kau kenalah berlatih dari sekarang.”
            “Ohhhh... Aku faham dah. Tapi, berlatih apa pulak yang kau cakapkan ni?”
            Azfahan mengeluh bila diaju begitu. Sabar ajelah dengan budak singkat akal ni...
            “Kau kena lah berlatih jadi perempuan yang garang, sombong dan biadap supaya bila balik ke vila nanti, kau akan terbiasa dengan karakter tu semua.”
            “Ooooo... Maknanya bermula dari sekarang, aku kena ubah diri aku dan kau akan jadi mangsa makian aku lah ya?” ‘Sherry’ tersengih-sengih. Walaupun susah untuk buat Azfahan takut dan patuh kepadanya, dia tetap akan menyahut cabaran itu. Seronok juga dapat pegang watak ala-ala mak tiri yang garangnya mengalahkan Rika Sumantho! Ha.. ha.. ha... Matilah kau Azfahan!
            “Jadi, boleh aku mula sekarang?” ‘Sherry’ menjongket-jongketkan keningnya. Bibirnya disengetkan sedikit mengukir senyuman nakal.
            “Off course.” Azfahan menarik kedua belah tangannya dari dalam poket. Kali ini, dia berdiri dalam keadaan berpeluk tubuh pula. Dia kelihatan cukup bersedia sekali untuk menerima apa sahaja kemungkinan yang akan dilakukan oleh ‘Sherry’ ke atas dirinya. Dari cara dia mengukir senyuman, jelas mencabar kemampuan ‘Sherry’ untuk membuatkan dia tunduk pada gadis itu.
            ‘Sherry’ ikut memeluk tubuh. Dia sudah tidak tersenyum lagi. Tegang dan serius sahaja riak mukanya.
            “Aku nak kau masak untuk aku sekarang juga! Aku lapar. Aku nak makan!” arahnya dengan suara yang keras.
            Azfahan rasa nak tergelak tapi ditahannya. Macam tu ke nak buat aku takut? Lembik betullah perempuan ni. Suara pun macam budak-budak belum baligh. Macam mana lah aku nak ikut arahan dia...
            Bingung ‘Sherry’ jadinya bila dia lihat Azfahan ketawa.
            ‘Tak cukup garang ke muka aku ni? Kenapa dia boleh senyum-senyum pulak pandang muka aku? Bukan ke sekarang ni aku tengah marah?’
            “Hey, kau ni dah pekak ke? Aku lapar lah. Aku nak makan! Ke kau malas nak masak? Kalau kau malas, kita makan dekat hotel aje lah. Okay tak? Bolehlah aku melaram sekali dengan baju Zery Zamri yang kau belikan semalam tu. Mesti semua orang tak berkelip pandang aku nanti!” ‘Sherry’ tersenyum dengan ideanya sendiri. Syok jugak kalau lelaki ni terbuka hati nak belanja aku makan dekat hotel. Teringin juga nak rasa diri ni macam artis.
            Azfahan mengeluh.
            “Aku takkan bawa kau ke mana-mana lah! Aku cuma nak tengok sama ada kau mampu ataupun tidak untuk buat aku takut dan hormat pada setiap arahan kau. Selagi aku tak ikut arahan kau dan siapkan makanan untuk kau, itu maknanya kau tak berjaya,” luah Azfahan berbaur kesal. Dia benar-benar bimbang kalau ‘Sherry’ tidak berjaya melakukan seperti apa yang dirancang. Sudahlah tempoh yang diberikan ibunya terlalu singkat!
            ‘Sherry’ mengangguk faham. Bibirnya membentuk huruf ‘O’. Alahai, slow betullah ‘Sherry’ ni!      
            “Okay, bagi aku cuba lagi sekali. Tapi kejap, aku nak ambil mood kejap.”
            ‘Sherry’ yang buntu bergerak menuju ke arah balkoni. Kononnya nak ambil mood memandangkan dia sendiri dah buntu. Tak tahu lagi macam mana caranya supaya dia dapat buat Azfahan mengikut arahannya.
            Semasa dia sedang menenangkan fikirannya itulah dia terpandangkan salah sehelai baju yang tergantung di ampaian kecil yang terdapat di dalam balkoni sederhana besar itu. Dalam banyak-banyak pakaian yang tergantung di situ, memang baju itu sahaja yang berjaya menarik perhatiannya.
            Bibirnya mencebik sewaktu matanya mengeja nama ‘Shariedan Azfahan’ dan kekasihnya ‘Sazzy’ yang dicetak pada bentuk ‘LOVE’ yang tertampal pada t-shirt berwarna putih itu. Di bawahnya pula, bersusun-susun ayat-ayat romantis mengalahkan pasangan bercinta yang sanggup bunuh diri terjun bangunan lapan puluh tingkat!
            Siap ada gambar kangaroo lagi. Mesti baju ni dibeli dan ditempah khas dekat Australia...
            ‘Sherry’ tersengih nakal. Ada lah tu idea dia nak mengenakan Azfahan.
            Baju yang tergantung itu dicapai sebelum dia masuk semula ke dalam rumah. Dia lihat Azfahan masih tercegat, setia menunggunya di ruang tamu.
            “Eh, buat apa kau buat main pulak t-shirt aku tu!” Seperti dijangka, Azfahan memarahinya.
            “Mana ada buat main. Aku nak buat kain buruklah!” ‘Sherry’ membalas selamba dengan muka yang langsung tak bersalah.
            Sedangkan Azfahan hampir ternganga mendengarnya.
            “Kain buruk? Eh, janganlah! Baju tu aku tempah khas masa bercuti dengan Sazzy dekat Australia tau. Waktu tu kita orang baru aje declare.”
            Azfahan mula berasa cuak. Si bendul ni bukannya boleh dibuat main. Dibuatnya betul-betul dia jadikan baju aku tu kain buruk, habislah mengamuk Sazzy nanti...
            “Peduli apa aku! Kau ingat aku hairan dengan hikayat cinta kau yang tak seberapa tu?”
            “Eh janganlah! Tiap-tiap Sabtu aku kena pakai baju tu setiap kali aku keluar dating dengan Sazzy. Baju tu ada dua aje tau dekat dalam dunia ni. Satu lagi dekat Sazzy.”
            “Wow, terharunya aku dengan cinta korang. Jadi, kau bersungguhlah nakkan lambang cinta kau ni terselamat daripada menjadi kain buruk?”
            “Mestilah!” Laju sahaja Azfahan menjawab.
            “Bagus! Kalau kau tak nak tengok t-shirt kesayangan kau ni jadi kain buruk, kau kenalah masak untuk aku. Boleh?”
            ‘Sherry’ menjongket-jongketkan keningnya berulang kali. Sakit sungguh hati Azfahan melihatnya. Nak buat macam mana, terpaksa jugalah dia mengalah. Baru dia sedar yang dia sebenarnya telah diperangkap. Main kotor rupanya budak bendul ni. Mana aci!
            “Reti ke kau masak?” ‘Sherry’ hampir nak tergelak melihat Azfahan yang masih tidak berpuas hati dengan taktik kotornya tadi.
            “Alah, Google kan ada.” Senang saja dia menjawab.
            “Inilah dia. Aku cukup tak suka manusia yang suka sangat bergantung hidup dengan teknologi!” ‘Sherry’ memalingkan wajahnya ke dinding. Cukup untuk memberitahu yang dia memang tidak sukakan cadangan Azfahan itu.
            “Kalau kau tak suka, tak apa lah. Nanti aku call Chef Wan suruh dia datang ajar aku memasak.”
            “Chef Wan busy! Baru 23 minit yang lepas dia update kat Facebook dia yang dia tengah sibuk dengan preparation majlis cukur jambul cucu dia. Lepas tu, dia kata dia nak berangkat ke London sebab ada program memasak dekat sana. Seminggu dia dekat London, lepas tu dia ada program memasak lagi. Kali ni dekat Sydney pulak. Alhamdulillah... Tak putus-putus rezeki dia. Lepas tu dia ada kata dia nak bercuti sorang-sorang dekat Paris. Aku pun tak tahu kenapa dia nak bercuti sorang-sorang. Ada jugak aku comment tanya dia kat status dia tu, tapi dia tak reply pun. Busy sangatlah tu agaknya!” cerita ‘Sherry’ dengan panjang lebarnya. Wajahnya yang serius tadi sekelip mata sahaja sudah bertukar ceria.
            Azfahan ternganga mendengar dan melihat keterujaan gadis di hadapannya itu bercerita.
            Mak aihhh budak ni. Tadi cakap beria-ia sangat kononnya tak suka manusia yang suka sangat bergantung dengan teknologi. Tapi dia tu? Dalam tengah bertekak dengan aku ni pun sempat lagi dia online Facebook. Siap comment status Chef Wan lagi. Patutlah kejap-kejap tadi aku tengok dia ralit sangat dengan telefon bimbit dia tu. Ni mesti peminat setia Chef Wan ni. Jadual Chef Wan pun dia boleh hafal. Hebat sungguh! Perempuan ni mesti hebat memasak ni.
            “Kalau dah Chef Wan tu busy sangat, aku boleh call anak dia, Chef Riz tu.”
            ‘Sherry’ membulatkan biji matanya.
            “Kenapa kau tak panggil aje semua chef yang ada kat Malaysia ni. Kau panggillah Chef Ismail, Chef Zam dengan Jaafar Onn sekali. Lepas tu bolehlah kita buat program MasterChef kat dalam rumah kau ni. Kau berentap dengan aku. Diorang semua tu pulak jadi juri!” sindir ‘Sherry’.
            ‘Sajalah tu nak mengelak daripada kena masak! Aku tak kira, kau kena masak jugak sebab aku dah tak sabar nak sumpah-seranah masakan kau yang tentu-tentunya takkan menjadi tu!’ kutuknya di dalam hati.
            Azfahan menggeleng, kemudian dia mengeluh. Tak tahulah dia kenapa dia boleh tewas dengan Seri Embun versi Sherry ni. Kalau Seri Embun versi sebelum ini, dialah yang akan mengawal dan menentukan segala-galanya. Sehingga ke saat ini, dia masih merasakan Seri Embun dan ‘Sherry’ adalah dua manusia yang berbeza. Benarkah begitu?
            “Baiklah, aku sendiri yang akan masakkan untuk kau.”
            Untuk pertama kalinya lelaki ego ini mengalah pada seorang perempuan yang tidak layak memerintahnya sesuka hati. Dia masih bingung. Mengapa dia perlu tunduk pada arahan ‘Sherry’?
           
           
           
           
           
            KETIKA ini, Azfahan sedang berdiri tegak di hadapan meja makan dengan tangan kanannya memegang pisau manakala sebelah tangan lagi sedang membetul-betulkan kedudukan bawang besar yang diletakkan di atas tempat pemotong. Dia hanya menjeling saja bawang itu dari jauh seolah-olah bawang itu adalah seekor ular yang bila-bila sahaja akan memancutkan bisanya. Baru sekali hiris, Azfahan sudah lintang-pukang mengundur ke belakang. Belum sempurna satu hirisan pun, matanya sudah merah dan berair-air. Masuk hirisan ketiga, bajunya basah lencun dengan air matanya sendiri. Matanya semakin merah. Pedihnya mengalahkan sakit kena sunat!
            Terburai ketawa nakal ‘Sherry’ yang melihatnya dari tepi peti sejuk. Sampaikan air matanya pun ikut keluar sama. Geli hatinya melihat lelaki yang selama ini 24 jam control macho itu sedang menangis terburai-burai. Berkali-kali dia lihat Azfahan mengelap mukanya yang basah itu dengan lengan bajunya. Dilap sekali dengan hingus yang sesekali meleleh hingga ke tepi bibir. Wan Maimunah pelakon air mata tu pun boleh kalah kalau macam ni! Hilang terus machonya! Lebih-lebih lagi bila kedengaran bunyi air hingus setiap kali Azfahan menyedut nafas. Nampak selekeh sangat macam budak-budak 5 tahun!
            Sampai satu keadaan bila mana sudah tidak tertahan, Azfahan menekup mukanya yang semakin merah itu dengan kedua belah tapak tangannya kemudian dia membaringkan mukanya itu ke atas meja makan. Dah macam kanak-kanak perempuan yang merajuk tak dapat anak patung lah pulak!
            Apa lagi! ‘Sherry’ pun terus gunakan kesempatan itu untuk merakamkan video lelaki itu. Manalah tahu kalau bahan video itu nanti dapat digunakannya untuk ugut lelaki itu. Bijaknya aku!
            Azfahan pula kelihatan tidak peduli dengan keadaan sekelilingnya. Dia sudah pun menegakkan badannya semula. Malangnya, pandangannya kabur memandangkan matanya masih digenangi air. Cepat-cepat dia bangun ingin menuju ke sinki. Sepantas itu juga ‘Sherry’ menengkingnya.
            “Ada aku benarkan kau cuci mata kau?”
            Azfahan berhenti berlari. Dia memusingkan badannya. Mak aihhh... Garangnya muka dia. Kena sampuk apa? Kot ya pun 'in character', beragaklah sikit.
            Azfahan mencebik. Ingat aku takut sangat lah?
            “Sudahlah. Aku nak hentikan semua ni! Aku dah tak tahan!” Dengan berani dia membentak.       
            “Siapa kau nak hentikan semua ni?” ‘Sherry’ pula makin melenting.
            “Aku yang punya rancangan, suka hati aku lah nak buat apa pun!” Azfahan turut meninggikan suaranya. Masing-masing tidak mahu mengalah. Macam budak-budak!
            “Oh, kalau macam tu, aku pun boleh cakap, aku punya handphone, jadi suka hati aku lah kalau aku nak tunjukkan video yang aku rakam tadi ni dekat girlfriend kau si supermodel tu. Lagi malu kalau aku upload video kau ni dekat YouTube. Biar satu dunia tahu lelaki yang selama ini berlagak macho macam kau ni, rupa-rupanya lembik! Baru suruh potong bawang, dah menangis macam budak-budak tak dapat mainan! Buat malu kaum lelaki lah kau ni!” tempelaknya.
            Kemudian dia tersenyum mengenangkan kuasa veto yang ada pada tangannya. Seronok jugak dapat kenakan mamat ni! Selalunya asyik dia aje yang kenakan orang lain! Biar dia tahu orang lain pun ada hati dan perasaan jugak!
            Azfahan mula tidak senang duduk. Kelam-kabut dia dibuatnya. Sedar yang dia tak ada pilihan. Terpaksalah dia mengalah dan menurut sahaja. Namun di dalam hati, dia menyumpah-seranah perempuan kampung yang langsung tidak layak untuk memijak kepalanya itu!
            Namun ketika ini dia sengaja berlagak tenang seolah-olah tidak sakit hati bila diperlakukan begitu. Dia tidak mahu kelihatan bodoh di mata perempuan yang seribu kali ganda lebih bengap daripadanya!
            Waktu itu, baru dia teringatkan cermin mata hitamnya. Terus dia menarik keluar dari dalam poket kemejanya lalu disidaikan ke telinga.
            Lantak dia lah nak gelakkan aku ke apa. Yang penting, mata aku tak rosak. Mata ni lah daya tarikan aku yang paling power sekali. Semua perempuan pun cair hanya dengan renungan mata aku yang keperang-perangan ni. Biarlah aku nampak macam orang bodoh, asalkan mata aku ni selamat dan tak buta terkena pedih bawang ni. Aku tak rela nak jadi macam Kassim Selamat apatah lagi aku memang tak pandai main alat muzik macam Kassim Selamat. Aku cuma pandai mainkan perasaan perempuan aje! He...He...He... 
             Amboi, dalam pedih-pedih pun, sempat lagi tu!
            ‘Sherry’ yang menjadi pengikut setia memerhati sedari tadi terasa senak semacam aje perutnya. Dari tadi lagi dia menahan gelak macam mana tak senak. Tapi bila lama-lama dia perhatikan.... Hurmmm... Not bad jugak sebenarnya. Dengan gaya macho Azfahan yang berkaca mata hitam dan berkemeja formal itu baginya, inilah pertama kalinya dia melihat lelaki macho yang segak berkaca mata hitam dengan pakaiannya ala-ala nak ke pejabat, sedang menghiris bawang. Sweet apa. Barulah lelaki sejati namanya kalau tolong perempuan buat kerja-kerja dapur!




            SELESAI memasak, Azfahan terus terlantar kepenatan di atas sofa ruang tamu dengan cermin mata hitam yang masih belum ditanggalkan. Tersenyum ‘Sherry’ melihatnya.
            Kesian... Sakit mata ya sampai tidur pun terpaksa pakai cermin mata hitam? Padanlah dengan muka kau tu. Kau kan suka sangat berlagak macho. 24 jam asyik control macho! Haihhh... Nak tergelak pun ada. Lawak weh!
            Sesungguhnya inilah pertama kalinya aku tengok seorang lelaki tidur dengan gaya yang paling cool dan macho sekali. Kalau hari-hari kau tidur siap pakai cermin mata hitam macam ni, boleh tergugat iman aku weh!

14 comments:

  1. hahaha..padan mukeee azfahan :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha,dulu afzahan yang buli SE.sekarang SE pulak buli dia.mwehehehe*gelakjahat*

    ReplyDelete
  3. hahaha ... serious tak boleh blah dengan Seri Embung version 'Sherry' ni . tapi saya yakin la dia bukan Seri Embun yang agak straight tu . saya rasa ni adik dia . aduhduhduh ... mana Seri yg original ni ? kalau boleh la kan kan kan ... nak Azfahan dengan Seri Embun versi straight dan original !!! =D

    ReplyDelete
  4. hehehehe rasa2nye... nnt afzahan terjatuh... terjatuh cinta dengan seri... bwahahahaha(gelak jahat) bru dia tau!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila la nak muncul adik kembar si seri ni?
      adik dia laki ke pompuan?

      Delete
    2. hehe..still x dpt tangkap lagi ke? hihi..xpe2, nanti2 tahu la mana satu seri embun mana satu adik kembarnya..kikiki =)

      Delete
    3. kat sini macam da kasi can je nak bagitau

      Delete
    4. kat sini macam dah boleh agak jer mana satu embun ngan adik kembar dia...

      Delete
  5. kirenye azfahan nnt ngan adik kembar dia n embun still ngan afka gak la kan??????hahahaha.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nanti kite tgk betul ke tak tekaan cik jah ni..huhu =)

      Delete
  6. nak azfahan ngan adik kembar dia gak!!baru lagi best........:)

    ReplyDelete
  7. nak azfahan ngan adik kembar seri embun gak!!!baru lagi best.......

    ReplyDelete
  8. macam dipaksa la pulak alur cerite ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dipaksa macam mana ya maksudnya? i really need you to explain so that i can improve . thnx

      Delete