SAMBUNGAN DARI BAB 15
SEBELUM Seri Embun mengambil
keputusan untuk meredah hujan lebat tadi, dia sempat meraba bibirnya. Kemudian,
dia lihat hujung jarinya.
'Tadi rasanya macam ada darah yang mengalir kat bibir aku ni, tapi sekarang
kenapa tak ada pulak? Kalau ya pun, takkan cepat sangat darah tu kering? Peliknya…'
Berkerut-kerut dahinya memikirkan fenomena yang dirasakan terlalu pelik dan
ganjil itu sehinggakan dia boleh termenung begitu lama semata-mata memikirkan
bagaimana darah yang terasa seperti mengalir di celah bibirnya tadi boleh
kering dengan tiba-tiba. Rasanya tak ada pulak dia kesat bibirnya yang terasa
seperti berdarah setelah ditampar oleh lelaki durjana itu tadi!
Kali ini, Seri Embun menyentuh pula bahagian pipinya yang telah ditampar
sebelum dia mengusapnya perlahan-lahan. Tak terasa sakit langsung pipi yang
baru sahaja menerima tamparan itu.
Eh, kenapa boleh jadi macam ni pulak? Bukan ke tadi dia tampar pipi aku?
Kali ini keningnya pula hampir nak bercantum memikirkan fenomena aneh itu.
Kali ini keningnya pula hampir nak bercantum memikirkan fenomena aneh itu.
‘Sudahlah Embun. Tak payahlah susah-susah fikir macam nak pecah kepala. Kau tu kuat berangan. Itulah banyak sangat baca novel
Melayu sampai terpengaruh. Orang lain pun baca jugak tapi tak ada lah berangan
macam kau sampai boleh feeling konon-kononnya kau tu adalah heroin yang
sungguh suci dan bersih hatinya tetapi malangnya telah dikasari oleh hero kat
dalam cerita novel tu! Cukuplah Embun! Kau tak payah lah berangan nak jadi
heroin dalam novel-novel Melayu. Padahal tadi Afka sikit pun tak berkasar
dengan kau. Dia cuma cengkam rahang kau aje. Itu pun bukannya kuat mana pun dia cengkam!’
‘Ah, tak kisahlah dia berkasar dengan aku ke tidak. Masalahnya di sini, dia dah
tengking aku! Dia dah sakitkan hati aku sedangkan dulu dia dah janji dia tak
nak marah-marah dekat aku lagi!’
Di dalam hujan lebat itu, Seri Embun masih berperang dengan perasaannya
sendiri. Tak kira! Lelaki yang telah menyakitkan hatinya itu tetap tak boleh
dimaafkan!
MEMANG salah pun tindakan Afka menengking dan
memarahi Seri Embun. Dia sendiri mengakuinya dan dia langsung tidak nafikan
semua itu. Disebabkan itulah perasaan bersalahnya masih terbawa-bawa sehingga
ke saat ini. Dia sedia maklum yang Seri Embun langsung tidak bersalah. Dia
nampak dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Seri Embun menjaga dan
melindungi anaknya Fyra di dalam hujan lebat tadi. Bukannya dia tidak kasihan.
Dia yang ketika itu bersembunyi di dalam kereta terus memerhati dengan mata
yang bergenang. Antara rasa kasihan kerana terpaksa membiarkan anaknya Fyra
berhujan, jua rasa bersalah kerana menjadikan Seri Embun sebagai bahan uji
kaji.
Itulah tujuannya. Dia ingin lihat sejauh mana kesanggupan Seri Embun untuk
terus melindungi Fyra. Ternyata Seri Embun bukannya manusia yang pentingkan
diri sendiri. Seri Embun sanggup membahayakan dirinya sendiri demi keselamatan
dan keselesaan Fyra. Bukannya dia tak nampak. Dia nampak semua itu!
Tapi tadi… dia terpaksa menengking dan memarahi Seri Embun. Dia terpaksa buat
semua itu. Sebabnya, dia masih belum puas dan dia masih ingin menguji Seri Embun sebelum dia buat keputusan untuk melamar gadis itu.
Dia ingin lihat, apakah Seri Embun akan terus menyayangi anaknya Fyra walaupun pengorbanannya tadi langsung tidak dihargai? Ataupun adakah selepas ini gadis itu akan mengalah sekaligus mengabaikan terus anaknya Fyra?
Dia ingin lihat, apakah Seri Embun akan terus menyayangi anaknya Fyra walaupun pengorbanannya tadi langsung tidak dihargai? Ataupun adakah selepas ini gadis itu akan mengalah sekaligus mengabaikan terus anaknya Fyra?
*************************
BAB 16
MALAM itu, banglo mewah tersebut gamat dengan riuh-rendah suara Puan Sri
Zahlia yang baru pulang dengan suaminya dari luar negara. Bertambah gamat lagi
kerana kebetulan, Alia yang menyewa di luar bersama rakan-rakannya, pulang ke
vila untuk menghabiskan cuti hujung minggunya di situ. Sejak melanjutkan
pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan, inilah pertama kalinya Alia
pulang.
“Lama betul mummy dengan daddy ke luar negara. Hari tu daddy cakap, dua tiga
hari aje dekat sana.”
Afka sendiri sebenarnya terkejut dengan kepulangan ibu bapanya secara tiba-tiba
itu.
“Alah abang ni, takkanlah itu pun tak dapat nak tangkap kot. Tak nampak ke yang
sekarang ni mummy makin cantik? Badan pun dah susut. Ingat senang-senang macam
tu aje ke daddy nak lepaskan peluang? Mestilah daddy ambil kesempatan untuk honeymoon
sekali dengan mummy dekat sana,” celoteh Alia yang terkenal dengan mulutnya
yang agak ‘lepas’ dan becok itu.
Puan Sri Zahlia tersenyum bangga. Telahan anak bongsunya itu sememangnya tepat.
Apatah lagi sejak dia dah bertudung sekarang ini. Asalnya, dia dan Tan Sri
Jaafar ke luar negara bagi menemani suaminya semata-mata atas urusan perniagaan
sahaja. Namun, setelah selesai segala urusan, suaminya sendiri yang melanjutkan
percutian mereka ke sana. Daripada tiga hari, Tan Sri Jaafar membuat keputusan
untuk berada di sana sehingga seminggu juga lamanya. Dia sedar, sudah lama
suaminya itu berhasrat untuk melihat dia dalam imej yang lebih sopan dan
sempurna. Cuma dia sahaja yang degil dan sentiasa mengambil kesempatan atas
sifat suaminya yang lemah-lembut itu. Nasihat Tan Sri Jaafar selama ini
langsung tidak diendahkan.
“Tengok tu... Alia tengok mummy dari tadi asyik tersenyum aje. Seronoklah tu
dapat berkepit dengan daddy. Murah betul senyuman mummy. Tapi kan... lagi murah
rezeki mummy kalau mummy ada belikan apa-apa untuk Alia,” usik Alia.
Meleret-leret senyumannya. Pula tu, sempat lagi dia menjeling pada selambak beg
kertas yang kebanyakannya berwarna hitam dan putih yang masih dibimbit oleh
ibunya.
Tan Sri Jaafar yang sememangnya tidak banyak bercakap itu cuma
menggeleng-geleng sambil tersenyum. Tercuit hatinya dengan usikan selamba anak
gadis kesayangannya itu. Itulah dia Tan Sri Jaafar. Dia mungkin telah berjaya
menjadi seorang usahawan yang berjaya namun dia terlalu lembut orangnya. Tidak
pandai nak marah-marah. Tetapi sifatnya yang terlalu baik dan penyayang itu
tidak pernah membuatkan sesiapa saja di dalam banglo itu memijak kepalanya.
Bahkan mereka semua menghormati dia sebagai seorang ketua keluarga yang sangat
baik dan bertanggungjawab. Cuma sejak akhir-akhir ini saja seperti ada
kontroversi yang mencacatkan sedikit ‘reputasi’ Tan Sri Jaafar di mata isteri
dan juga anak-anaknya. Seperti yang dicanangkan oleh Puan Sri Zahlia yang
kononnya telah terserempak suaminya dengan seorang wanita muda beberapa kali
sebelum ini. Itulah kontroversi yang paling teruk pernah melanda lelaki yang
terkenal dengan sifatnya yang lemah-lembut ini. Namun, Alia dan Afka mati-mati
mereka tetap tidak percaya dengan apa yang pernah didakwa oleh ibu mereka itu.
“Yang ni, untuk Alia.” Puan Sri Zahlia yang baru melabuhkan punggungnya di atas
sebuah kerusi kayu yang diimport dari Itali itu terus menghulurkan salah sebuah
beg kertas yang berselerak di hujung kakinya kepada Alia. Teruja anak bongsunya
itu menyambutnya.
“Wow, cantiknya gaun ni. Thanks, mummy. Thanks, daddy. Alia suka
sangat-sangat. Brand apa ni, mummy?” Berseri-seri wajah Alia sebaik dia
mengeluarkan gaun yang bergermerlapan labucinya itu dari dalam beg kertas yang
disambutnya tadi. Speechless! Rasa-rasanya, itulah gaun yang paling
cantik pernah dimilikinya.
“Macam biasalah... Your favourite brand. Itu pun daddy kamu yang
pilihkan. New Arrival tau!”
“Really? Wah... classnya taste daddy. Thanks again
daddy. I love you...” jerit Alia
Tan Sri Jaafar tersenyum saja sewaktu Alia menghampiri dan memeluk tubuhnya.
Dia membalasnya dengan mengusap-usap kepala anak kesayangannya itu. Alia
satu-satunya anak yang sangat manja dengannya. Dengan Alia juga dia biasa
bergurau dan bercakap apa sahaja berbanding dengan dua anaknya lagi, dia akan
berubah menjadi seorang yang tidak banyak cakap. Kalau dengan isterinya pula,
bukannya dia yang tak mahu banyak bercakap. Nak buat macam mana kalau Puan Sri
Zahlia tak pernah bagi chance untuk dia bercakap. Siapalah yang tidak
kenal dengan Puan Sri Zahlia yang banyak mulut itu.
“Ini pula untuk Af dan juga Fyra.”
Afka yang sedari tadi memerhati tanpa rasa minat mengangguk saja. Dia memang
tidak pernah teruja setiap kali ibu atau ayahnya pulang dari luar negara.
“Thanks, mummy. Thanks, daddy.” Itu saja yang keluar dari mulut lelaki yang
sebenarnya pendiam orangnya itu. Dia tidak kelihatan teruja untuk melihat isi
di dalam beg kertas itu buat masa sekarang. Mungkin di dalam bilik nanti. Dia
akan berikan sendiri pada Fyra yang baru surut demamnya sejak beberapa jam
tadi.
“Yang lain-lain tu pulak untuk siapa, mummy? Takkanlah semuanya mummy dengan
daddy punya kot?” soal Alia tiba-tiba.
Tersenyum Puan Sri Zahlia mendengarkan soalan itu. Dengan tenang, dia menjawab,
“Semua ni untuk seorang perempuan yang bakal jadi menantu mummy. Bakal menantu
kesayangan mummy!”
Terlopong Alia dengan kenyataan itu. Pada mulanya, dia sangkakan ibunya cuma
bergurau. Tapi dia cukup yakin yang ibunya tidak bergurau. Puan Sri Zahlia
sememangnya tidak suka bergurau apabila melibatkan suatu kenyataan mahupun
perkara yang serius. Tapi antara Abang Af dengan Abang Han, siapa pulak yang
akan kahwin? Takkanlah Abang Af kot. Abang Af masih terlalu sayangkan arwah
isterinya. Takkanlah pulak Abang Han? Abang Han tu ada saja jalannya nak
mengelak.
“Siapa pulak yang nak kahwin ni mummy? Dan siapa pula bakal menantu kesayangan
mummy tu? Alia kenal ke?” Bulat matanya memandang wajah Puan Sri Zahlia dengan
hati yang berdebar-debar. Sekejap dia memandang wajah Puan Sri Zahlia, sekejap
dia mengalihkan pula pandangannya ke wajah ayahnya. Menanti soalannya dijawab.
Sebagaimana Alia, Afka juga terkejut dengan kenyataan ibunya tadi. Namun, dia
masih dapat mengawal dirinya. Tidaklah sekalut adiknya bongsunya itu.
“Seri Embun. Dia akan jadi menantu mummy dengan daddy tak lama lagi.
Insya-ALLAH...”
Alia dan Afka saling berpandangan. Kedua-duanya nampak terkejut dengan berita
yang diumumkan. Satu kenyataan yang pastinya bukan main-main!
Alia mengerutkan dahinya.
Tapi siapa pula yang akan kahwin dengan Kak Embun? Alah, mestilah Abang Af
sebab Abang Af yang rapat dengan Kak Embun. Takkanlah Abang Han pulak! Dia tu
dah lah jarang balik sini.
Meskipun Alia terkejut dengan berita itu, pada masa yang sama dia tetap berasa
teruja. Dari awal perkenalan lagi dia memang sangat menyenangi Seri Embun. Dia
cukup suka sikap Seri Embun yang nampak seperti kasar tetapi sebenarnya lembut
dan penyayang orangnya. Banyak lagi kelebihan Seri Embun yang memikat hatinya.
Termasuklah sikapnya yang selamba, lurus bendulnya yang adakalanya mencuit hati
itu dan yang paling dia senangi adalah sifat Seri Embun yang polos itu. Seri
Embun tidak pernah mencuba menjadi orang lain semata-mata untuk puaskan hati mereka
yang mungkin tidak senang dengan cara, pembawaan mahupun penampilannya.
WALAUPUN Alia sudah beransur tenang dan tidak lagi menggelabah dan
berdebar-debar seperti tadi, Afka tetap tidak senang dengan situasi yang dirasakan
masih tergantung itu. Sebab apa dia kata begitu. Sebabnya, dia masih tidak tahu
siapa antara dia dengan adiknya Azfahan yang cuba dijodohkan oleh ibunya dengan
Seri Embun?
Ahhhh.... Mestilah dengan aku. Mesti mummy dah dapat tangkap yang aku ni
dah kemaruk dekat budak Embun tu. Iyalah, mummy yang dah berusia ni mesti dah
banyak pengalaman. Mungkin sebab tu dia dapat syak sesuatu yang istimewa dalam
hubungan aku dengan Seri Embun.
Meskipun hatinya meyakinkan dirinya sendiri dengan berkata begitu, Afka masih
kelihatan gelisah menahan rasa seram sejuk dan entah apa lagi rasa yang merasuk
perasaannya. Di sebelahnya, adiknya Alia yang semakin galak mengusiknya dengan
ucapan tahniah langsung tidak dipandang. Tumpuannya tertumpah penuh pada setiap
riak wajah ibu juga setiap gerak-gerinya. Segalanya diperhatikan dengan begitu
teliti sekali, siap dengan dahi berkerut-kerut. Tempat yang paling lama
ditenungnya tentulah dua ulas bibir ibunya itu. Malangnya, ibunya langsung
tidak bersuara setelah pengumuman yang dibuat tadi. Ayahnya pula sudah lama
naik ke atas. Mungkin untuk membersihkan badan, tak pun berehat.
Sewaktu Puan Sri Zahlia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya,
debaran di dada Afka menjadi semakin kuat. Mungkin kerana terlalu gelisah, dia
sendiri tak perasan belakang badannya sudah basah sedikit dengan peluh.
“Waalaikumussalam, sayang.” Kedengaran suara Puan Sri Zahlia menjawab salam
daripada pemanggil. Siapa lagi kalau bukan Azfahan sebab Puan Sri Zahlia memang
biasa memanggil anak-anaknya dengan gelaran ‘sayang’. Itu pun kalau mood
dia baik lah...
Tapi, buat apa pula mummy call Han pulak? Afka masih lagi berteka-teki seorang
diri.
“Han... Mummy dah selesai pun interview Seri Embun. Dan sekarang, mummy
rasa mummy dah ada keputusannya.”
Interview? Interview apa pulak ni? Afka sememangnya tidak tahu-menahu langsung
tentang hal itu.
“Lah... Takkanlah Han dah lupa kot. Kan dulu mummy minta Seri Embun tinggal
dekat vila ni sebab mummy nak interview Seri Embun. Nak tengok sama ada
dia lulus atau pun tidak untuk jadi isteri Han sekaligus jadi menantu mummy...”
Dada Afka yang berdebar-debar tadi terasa seperti telah terhenti degupan jantung
di dalamnya. Bulat matanya memandang ibunya yang berseri-seri wajanya dengan
senyuman itu. Dia mula berasa tidak sedap hati. Selama ni, Seri Embun bercinta
dengan adik aku ke?
“Han nak tahu keputusan mummy? Okay, Han dengar baik-baik ya. Mummy bersetuju
untuk jadikan Seri Embun sebagai menantu mummy. Pandai Han pilih calon isteri.
Mummy suka sangat dengan Seri Embun tu. Dia lah perempuan yang paling sesuai
dan paling hebat untuk jadi menantu kepada perempuan yang tak kurang hebatnya
jugak macam mummy ni. Jadi, mummy nak Han balik ke vila ni dengan secepat
mungkin ya. Banyak perkara yang mummy nak bincang dengan Han. Okay sayang...
Assalamualaikum.” Puan Sri Zahlia terus mematikan talian.
Afka pula cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak mahu
ibunya perasan perubahan wajahnya yang begitu ketara ketika ini.
SEJAK pulang dari lapangan terbang tadi, Puan Sri Zahlia masih belum
nampak lagi bayang-bayang Seri Embun. Rindu pula dia pada bakal menantunya itu.
Lalu, dia pun terus bangun untuk menuju ke bilik Seri Embun bersama buah tangan
yang dibelikan khas buat bakal menantu yang bakal menjadi menantu kesayangannya
itu.
Ketika ini, Seri Embun sedang mengemas. Semua pakaiannya dimasukkan ke dalam
beg hitam lusuhnya. Kalau boleh, dia mahu lari dari vila ini secepat yang
mungkin. Mungkin esok. Tak pun lusa ataupun kalau tak lusa tulat. Tak kisah lah
semua tu. Yang penting, aku akan cari jalan juga untuk keluar secara
senyap-senyap dari vila ni. Walaupun waktu itu badannya terasa sangat lemah dan
panas. Mungkin kerana terlalu lama dia terperangkap di dalam hujan. Namun,
digagahinya juga untuk mengemas segala barang keperluannya. Soal kesihatannya,
terus ditolak tepi. Itulah dia Seri Embun. Seorang gadis yang begitu kental
sekali jiwanya.
Sewaktu pintu biliknya dibuka seseorang, Seri Embun masih ralit mengemas dan
melipat kain bajunya yang cuma beberapa pasang itu.
“Wah, awalnya kamu mengemas! Ni mesti dah tak sabar-sabar nak pindah masuk ke
rumah Han ni. Kalau ya pun, bawalah bersabar dulu, Embun. Tak lari ke mana pun
buah hati kamu tu. Dua tiga hari sampailah Han tu ke sini. Han pun mesti dah tak
sabar nak jumpa kamu dan bawa kamu tu ke butik pengantin. Auntie ni pun satu.
Kalau bercakap tu bukannya reti nak cakap perlahan-lahan. Mesti kamu ada
terdengar perbualan auntie dengan Han tadi kan? Itu yang kamu excited
sangat nak pindah ke rumah Han tu ya?” Puan Sri Zahlia tergelak dengan
telahannya sendiri.
Ingatkan Seri Embun aje yang bendul. Puan Sri Zahlia pun rupa-rupanya dah
berjangkit penyakit bendul Seri Embun tu. Tak terfikir ke dia yang Seri Embun
nak larikan diri dari vila ni?
Seri Embun mula menggelabah. Nampaknya, Puan Sri Zahlia benar-benar serius mahu
satukan dia dengan anaknya, Azfahan. Belum apa-apa lagi dia dah bahasakan diri
dia ‘auntie’. Uwarghhhh... Aku tak nak kahwin dengan lelaki yang tak
berperikemanusaan tu! Tolonglah, aku tak nakkkkkkkkkkkk!
“Errrr... Puan Sri... Boleh tak kalau Embun nak tanya sesuatu?” Seri
Embun nampak gelisah semacam. Rungsing tentunya memikirkan cara untuk dia
melarikan diri dari masalah sebesar ini.
“Tanya ajelah Embun. Tak payah nak minta-minta izin pulak. Kita bukannya orang
asing lagi. Tak lama saja lagi Embun pun dah nak jadi menantu auntie. Hah lagi
satu auntie nak ingatkan. Tak payahlah lagi nak berpuan sri lagi dengan auntie
ni haaa... Auntie tak suka. Kalau Embun nak tahu, auntie ni humble
orangnya. Sebenarnya dari dulu lagi auntie lebih selesa kalau Embun panggil
auntie ni makcik walaupun bunyinya tak sedap langsung.”
Seri Embun rasa nak tergelak melihat keramahan Puan Sri Zahlia yang bertukar
secara mendadak itu. Propa betul perempuan ni! Kalau dulu, dia pernah diherdik
kerana memanggil wanita itu dengan panggilan ‘auntie’. Waktu itu, manalah dia
tahu wanita di hadapannya ini ada title besar pada pangkal namanya.
Sekarang, Puan Sri Zahlia benar-benar dah berubah. Itulah yang membuatkan dia
teruja ingin tahu.
“Puan Sri... Eh silap. Urmmm..err... Auntie tak kisah ke kalau budak
macam Embun ni jadi menantu auntie? Auntie tak kisah ke kalau kawan-kawan
auntie mengata bakal menantu auntie ni selekeh, tak cantik, tak pandai bergaya.
Pendidikan pun tak ada. Auntie yakin ke untuk ambil Embun jadi menantu auntie
ni?” Sengaja dia mahu menduga wanita itu.
“Embun, Embun ni macam ragui keikhlasan auntie aje. Tak baik tau. Okaylah,
memandangkan auntie ni jujur dan berterus-terang orangnya, auntie mengakulah
ya. Awal-awal dulu memang tak dinafikan yang auntie memang tak pernah pun
sukakan kamu. Kamu tu selekeh sangat. Kadang-kadang auntie tengok kamu tu kasar
macam orang laki-laki. Auntie memang tak suka tengok perangai kamu. Rasa macam
nak termuntah. Loya tekak ni setiap kali tengok muka kamu yang tak secantik dan semulus muka auntie ni. Tapi itu dulu la.
Sekarang tak lagi” luah Puan Sri Zahlia dengan seikhlas hati sambil tersengih
tersipu-sipu malu dengan pengakuan jujurnya.
Terlampau jujur lah pulak orang tua ni. Nasib baiklah aku dah biasa dengan
mulut dia yang laser tu.
“Jadi, apa sebabnya auntie tak kisah nak jadikan Embun ni menantu auntie?” Seri
Embun menayang senyuman mesra walaupun hatinya agak tersentap juga dengan
pengakuan berani mati yang dikeluarkan oleh Puan Sri Zahlia tadi.
Puan Sri Zahlia masih dengan senyumannya menepuk lembut paha bakal menantunya.
“Satu saja sebabnya.”
“Apa?”
“Sebabnya, Embun dah berjaya jadi coach yang terbaik untuk auntie?”
“Coach? Coach apa pulak ni? Apa maksud auntie?” Berkerut-kerut dahi Seri
Embun cuba memahami.
“Embun tak perasan ke berat badan auntie dah turun?” Puan Sri Zahlia senyum
bangga.
Seri Embun cuma mengangguk. Rasanya tanpa melihat tubuh Puan Sri Zahlia pun dia
sudah perasan yang majikannya itu sudah berjaya mendapatkan bentuk badan yang
ideal.
“Tapi, apa kaitannya?” Seri Embun yang lurus ini nampaknya masih tak dapat nak tangkap.
“Maksudnya, dari situ auntie tahu yang Embun lah calon yang paling sesuai untuk
jadi menantu auntie. Waktu Embun jadi coach auntie, Embun jaga makan
minum auntie dan Embun jaga auntie dengan begitu baik sekali. Kalau tak, tak
ada lah auntie boleh dapat bentuk badan macam ni. Daddy pun makin mesra dengan
auntie sekarang ni. auntie happy sangat-sangat. Lagi bertuah kalau auntie dapat
menantu macam kamu ni. Sekurang-kurangnya auntie yakin, kalau auntie tak sihat
nanti, atau badan auntie ni ditakdirkan lumpuh atau tak boleh bergerak, tentu
akan ada orang yang akan jaga auntie. auntie yakin, Embun bukan aje dapat jaga
Han dengan baik, tapi Embun juga tentu dapat tolong jagakan auntie bila auntie
dah tua dan dah tak sihat nanti.”
“Tapi yang paling auntie teharu sampaikan hati auntie ni nekad untuk ambil
Embun jadi menantu auntie sebab Embun dah jadi pembantu ALLAH yang
telah berjaya membuka pintu hati auntie untuk menjadi seorang isteri dan juga
muslimah yang sempurna. Auntie sendiri masih tak percaya macam mana manusia
yang sedegil-degil auntie ni boleh terbuka hati juga untuk bertudung dan
menutup aurat. Terima kasih, Embun...” Puan Sri Zahlia
mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali. Bagi menghalang air yang terasa
hampir nak bergenang di permukaan matanya.
Seri Embun terpinga-pinga, dan terus hilang kata-kata. Dia tidak tahu apa yang
perlu dilakukannya. Apakah dia perlu memeluk tubuh wanita itu, atau memujuk
wanita itu? Rasa nak tergelak pun ada. Takkanlah hanya kerana aku berjaya bantu
dia kuruskan badan, dia nekad untuk terima aku sebagai menantunya? Hurmmm...
Ada juga orang macam Puan Sri Zahlia ni ya... Soal aurat tu pulak, aku rasa semua tu tentu sekali berkat doa suaminya sendiri. Aku ni cuma ditakdirkan untuk jadi orang pertama yang tengok dia bertudung. Apalah sangat yang aku buat. Dah memang ALLAH sayangkan hamba-hambaNYA...
“Emosional pulak auntie ni. Hurmmm... Okaylah. auntie nak naik atas
dulu. Nak rehatkan badan. Ni ada buah tangan auntie bawa untuk Embun. auntie
harap Embun suka. auntie naik dulu ya. Goodnight.”
Belakang telapak tangannya sempat mengusap pipi Seri Embun sebelum dia mencium
dahi anak gadis itu. Kemudian, dia terus berlalu untuk naik ke atas biliknya.
Seri Embun memandang saja beg-beg kertas yang tertera jenama-jenama yang kalau
disebut, tentu saja akan tergeliat lidahnya.
Ya ALLAH... Apa yang perlu aku buat ni. Kalau ikutkan, memanglah seronok jugak
dapat ibu mentua yang agak brutal macam Puan Sri Zahlia tu. Tapi, takkanlah
suami aku pun mesti kena brutal jugak? Tak nak lah... Aku tak berkenan langsunglah dengan Azfahan si pembuli tu! Sampai bila-bila pun aku takkan
lupakan apa yang dia dah buat kat aku! Dia lah yang jadi punca utama yang telah mengheret aku ke vila ni sehinggakan aku terpaksa berhadapan dengan macam-macam masalah yang sangat menyesakkan!
P/S: Sebarang kritikan sama ada positif mahupun negatif teramatlah dialu-alukan. Penulis sangat memerlukan komen daripada pembaca sekalian. Terima Kasih. =)
best ... kalau yg bab 15 ada sambungannya .. 16 pendek la pulak ... nak lagi :) best sgt2 :)
ReplyDeleteSila sambung lagi^^
ReplyDeleteHehehe macam mana la AFKA & ALIA xtau yg embun duduk kat umah tue sbb dlm proses interview menantu untuk Azfahan :) hehehe
ReplyDeletexsabar nak tgk aksi AFKA + EMBUN + AZFAHAN - AFKA yg memendam rasa; AZFAHAN yg terpaksa tanpa rela; EMBUN yg menjadi mangsa AFKA & AZFAHAN
Anyway....Best story love it
coretanku: thanks. next entry lambat sikit kot.hee..
ReplyDeleteanonymous: okay, thnx for reading :)
aida: Ya tak ya jugak. Macam tak logik pulak Afka and Alia tak tahu kenapa Seri Embun tinggal kat vila tu kan? Insyaallah nanti akan dirombak supaya nampak logik sikit. thnx k :)
xpayah rombak jalan citer dah ok dah tue ... hehehe sbb kalau AFKA dah tahu yg Embun stay situ sbb interview menantu so macam mana AFKA nak ada rasa kat embun sbb dah konpem embun bakal adik ipar dier kan ?? kalau nak rombak just tambah jer utk next chapter ke chapter yg ke berapa biar Alia atau AFKA tanya Pn Sri kenapa diorg xtahu yg Embun nie bakal kakak/adik ipar dier so biarla Pn sri atau Embun cakap nie rahsia mereka bertiga hehehe....(maaf yer penulis bg pendapat jer harap jgn marah sbb jalan cerita tue dah elok dah takut kalau tukar jadi lain plak :) peace...
DeleteAIDA: .awk sgt teliti orgnya. saya sendiri kadang2 terlepas pandang. Thanks ya utk pendapat tu. Appreciate sgt =)
Deleteyesss......azfahan dah nk muncul.ngehh22....mkn hati la afka pas nie.
ReplyDeleteBest ceriter ni. Apapun berlaku antara Embun dengan Afka , Azfahan lebih layak jadi suami Embun.Mencabar betul ceriter ni. Tak sabar tunggu sambungan.
ReplyDeletehehe.. nanti akan tahu gak sape yg dpt seri embun, sape pulak yg merana..hek3
Deletebest2
ReplyDeletethank u =)
Deletebest2 !!cpt2 smbng tw !;D
ReplyDeleteok insyaallah. thnx for reading =)
Deleteyes ! azfahan dah muncul * maaf la ek selama ni saya selalu typo - afzahan ... hahaha =D
ReplyDeletehaha..its ok..lama2 nanti dh biasa la dgn nama azfahan tu =)
Delete