BEBERAPA HARI KEMUDIAN...
“KAU
akan tinggal dekat sini.”
Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Azfahan sebaik sahaja dia membuka pintu berwarna putih bernombor 701 dengan kunci di tangannya. Mereka sekarang ini baru sahaja masuk ke dalam sebuah kondominium mewah yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Setelah diugut dan dipujuk, Seri Embun terpaksa mengikut Azfahan sehingga ke Kuala Lumpur ini demi menjayakan rancangan lelaki itu. Dia sendiri masih tidak pasti rancangan apa yang dimaksudkan oleh Azfahan sewaktu lelaki itu menghubunginya tempoh hari. Tapi katanya, rancangan itu untuk kebaikan mereka bersama.
'Hurmmm...Ikut ajelah rancangan dia. Lepas settle masalah kita orang nanti, lagi cepat aku boleh balik kampung. Kalau tak ikut rancangan dia, aku yakin sampai bila-bila dia akan menyusahkan hidup aku!'
Sempat lagi dia menjeling geram ke arah Azfahan yang berdiri di sebelahnya sewaktu dia beriringan masuk ke dalam rumah dengan lelaki itu. Melangkah masuk ke ruang tamu, matanya terus tak berkelip. Terpegun dia melihat ruang tamu rumah yang dihias dengan begitu indah sekali, menggunakan konsep English-Style yang mana kebanyakan warna yang digunakan adalah warna putih. Sampaikan dia boleh tak sedar Azfahan yang sedang memerhatinya dengan pandangan kurang senang.

“Kenapa kau mesti buat reaksi sampai macam tu sekali? Kau berangan kononnya aku nak hadiahkan kondo ni dekat kau ya?"
Azfahan menjongketkan keningnya berulang kali siap dengan senyuman sinisnya yang tersangatlah menyakitkan hati.
"Ataupun kau tengah tunggu aku cakap macam ni, "Wahai bakal suri hidupku, inilah mahligai yang akan menjadi lambang cinta abang pada sayang, dan cinta kita lah yang akan mengisi dan menyerikan lagi mahligai ini..." Tercebik-cebik bibirnya dapat menyindir Seri Embun. Nasib baik air liur tak tersembur sekali.
Tapi akhirnya dia juga yang hampa apabila Seri Embun langsung tidak menunjukkan rasa sakit hati. Lantak dia lah nak cakap apa. Asalkan aku dapat berpesta sakan kat dalam kondo ni. Aku dah fikir nak tangkap gambar banyak-banyak kat dalam kondo ni. Lepas tu bolehlah aku upload kat Facebook. Biar terkeluar biji mata orang-orang kampung yang suka sangat kutuk-kutuk aku selama ni! Bila tengok gambar-gambar aku nanti, mesti diorang ingat aku dah kahwin dengan anak orang kaya macam cerita-cerita kat dalam novel Melayu tu...
'Apalah yang dia berangan lagi tu? Masih berangan nak jadi isteri aku ke? Jangan mimpi!' Azfahan yang menjeling dari tepi sengaja berdehem dengan kuat.
"Ni dengar sini. Aku nak ingatkan kau. Jangan ingat bila kau dah berjaya pikat mummy aku, kau juga berjaya perangkap aku untuk jadi suami kau pulak." Sengaja dia keluarkan amaran yang berbunyi begitu. Biar budak ni sedar kedudukannya!
"Kondo ni aku sendiri yang bayar sewanya untuk girlfriend aku, Sazzy. She’s a model yang baru nak cipta nama dekat Malaysia ni. Kalau aku bagitahu pun, kau bukannya tahu apa-apa. So, aku just cakap benda penting sajalah ya. Aku nak kau jaga rumah ni baik-baik walaupun Sazzy sebulan sekali aje balik ke sini.”

Azfahan masih berusaha menyakitkan hati Seri Embun. Puas hatinya dapat sound gadis itu sesuka hatinya. Nampak
sangat dia memang tidak sukakan Seri Embun.
Seri Embun yang dah biasa dengan 'mulut puaka' Azfahan malas mahu memanjangkan sengketa. Lalu dia mengangguk saja. Ikut ajelah rancangan dia. Untung jugak aku duduk sini. Tadi dia cakap girlfriend dia tu sebulan sekali aje balik ke sini. Bolehlah aku ‘beraya’ sakan kat dalam rumah ni. Dah bosan nanti, aku cabutlah...
Hurmmm... rumah ni kalau diikutkan memanglah cantik. Tapi tadi tu aku terpegun bukannya apa. Cuma terperanjat bila tengok begitu banyak barangan-barangan kaca yang ada kat dalam rumah ni. Mesti nanti aku jugak yang disuruh untuk bersihkan semuanya. Nanti kalau ada yang pecah, aku jugak yang dipersalahkan. Aku ni kalau buat kerja bukannya tahu nak berlembut. Itu yang aku takutkan sangat tu.

"Dan ini jadual kau. Jadual ni akan
berkuatkuasa bermula esok."
Jadual? Jadual apa pulak ni?
Seri Embun terpinga-pinga.
Lambat-lambat dia menyambut kertas sederhana kecil yang dihulurkan lelaki itu.
“Kau diwajibkan untuk menjalani satu
kursus. Dan kursus tu nanti di bawah bimbingan aku sendiri.” Masih tidak memandang
wajah Seri Embun, lelaki angkuh ini menyeluk kedua belah tangannya ke dalam
poket seluar.
“Kursus apa pulak yang kau merepek ni?” Mata Seri
Embun masih bersimpuh di atas kertas jadual dengan dahi yang masih
berkerut-kerut.
“Untuk ubah kau jadi orang
lain pada mata mak aku, aku dah rangkakan program khas untuk kau supaya mak aku batalkan niat dia untuk jadikan kau
sebagai menantu. Kalau boleh biar sampai mak aku bencikan kau terus!”
Dengan semula jadinya, kepala Seri
Embun terdongak ke atas. Bulat matanya merenung wajah Azfahan .
Ya ALLAH... walau sebenci mana pun
aku pada lelaki tak guna ni, tidaklah sampai aku terfikir idea gila macam tu.
Tapi agaknya, apa yang dia nak suruh aku buat untuk buat Puan Sri Zahlia
bencikan aku?
SEHARIAN
dia menanti dengan hati yang berdebar-debar memikirkan rancangan dan idea
gila yang datang dari kepala Azfahan. Dan hari ini, sampailah waktunya. Waktu untuk
dia menjalani ‘kursus’ dan ‘kelas’ di bawah bimbingan lelaki itu. Ahhh... Mengarut aje semua ni.
Tengah hari itu, Azfahan yang hanya tinggal
bersebelahan dengan rumah yang dihuninya, mengetuk pintu rumah. Lelaki itu
menyuruh dia bersiap-siap. Katanya, dia akan dibawa ke sebuah butik.
Mungkin mamat ni nak minta pendapat
aku kot. Yelah, dia kan tak lama lagi nak kahwin dengan Sazzy, girlfriend dia yang supermodel tu!
Seperti sewaktu mereka dalam
perjalanan dari vila ke Kuala Lumpur semalam, Azfahan masih berperwatakan sama.
Diam langsung tidak bersuara. Hakikatnya dia tahu, lelaki ini sebenarnya
bukanlah seorang yang pendiam sebagaimana abangnya, Afka.
“Mulai hari ni, aku tak nak kau guna
nama Seri Embun tu lagi! Aku nak padamkan imej dan gambaran Seri Embun dari
seluruh keluarga aku terutama sekali mummy aku!”
Eh, pandai pulak mamat ni bersuara.
Tapi sekali dia bersuara, rasa nak tercabut jantung aku ni. Ada ke patut dia
suruh aku tukar nama? Ahhh.. Tak
kisahlah dia nak panggil aku dengan panggilan apa sekalipun. Lagipun, nama Seri
Embun tu bukannya nama aku!
Aikkkk?
Kalau bukan Seri Embun, apa pula nama sebenar Seri Embun ni ya?
“Habis tu nak guna nama apa?”
“Sherry!”
“Kenapa mesti Sherry?
“Nama Sherry tu kan lebih kurang aje
bunyinya dengan nama kau. ‘Sherry’ dengan ‘Seri’. Tak lari jauh pun bunyinya.”
“Itu aku tahulah. Tapi kenapa mesti
pilih nama Sherry? Kalau nak ubah sangat nama aku, lagi baik kau bagi nama
artis aje. Glamour sikit!
Paling-paling busuk pun, teringin jugak aku nak dengar orang panggil aku dengan
nama Ruminah Sidek. Itu pun kalau kau betul-betul nak ubah nama aku lah...”
Seperti menyindir pula gaya ‘Sherry’ membalasnya.
Azfahan mencebik.
“Nanti kau akan tahu jugak kenapa
aku buat semua ni. Untuk permulaan, cukuplah kau tahu yang aku tukar nama kau
kepada ‘Sherry’ sebab aku nak mak aku ingat perempuan kampung macam kau ni dah
berubah menjadi perempuan yang dah terkena kejutan budaya melampau.”
Seri Embun sekadar mencebik.
Suka hati kau lah nak tukar aku sampai jadi
macam mana sekali pun. Jangan kau tukar jantina aku sudah. Mak tak rela,
nyahhhh...
MASUK
sahaja ke dalam butik kepunyaan pereka fesyen terkenal Malaysia, Zery Zamry,
‘Sherry’ yang tadinya seperti menikus di belakang Azfahan sudah mara beberapa
langkah ke hadapan. Azfahan diam saja memerhati gelagat gadis itu. Dia
menanggalkan cermin mata gelapnya untuk melihat dengan lebih jelas. Barulah dia
dapat lihat riak teruja pada wajah ‘Sherry’ yang sedang menyelak dan membelek
satu demi satu pakaian wanita yang tergantung di dalam butik itu.
Pelik pula dia melihat keterujaan
‘Sherry’ yang berlebih-lebih itu. Tak senonoh! Sampaikan pengurus dan beberapa
orang pekerja butik pun memandang aneh ke arahnya.
Siapa yang tak pandang pelik bila
mendapat pelanggan seperti ‘Sherry’. Habis manik-manik yang disulam pada dada
baju yang terdapat di butik itu dibeleknya satu per satu. Siap disentuh, diraba
dan dicium sekali baunya. Kemudian, dengan gayanya yang menggelabah dan kalut
semacam itu, ‘Sherry’ berlari-lari anak mendapatkan cermin besar yang terdapat
di hujung butik tersebut. Di hadapan cermin, dia mengacukan baju tersebut pada
badannya dan saat itu, makin lebar senyumannya. Bersungguh-sungguh dia memuji
blaus berwarna hitam itu. Dah macam orang gila pulak ‘Sherry’ ni bila dia hanya
bercakap dengan dirinya sendiri tanpa seorang pun berminat nak melayannya!
Naik malu Azfahan dibuatnya.
Sudahlah dia boleh dikatakan selalu juga berkunjung ke butik tersebut
memandangkan Zery Zamry merupakan pereka fesyen kegemaran buah hatinya.
Rata-rata pekerja di situ memang mengenalinya walaupun dia tidak pernah
beramah-mesra dengan mereka semua.
Cuma yang menghairankannya,
seingatnya Seri Embun bukanlah perempuan yang berperwatakan begitu. Walaupun
dia masih belum mengenali Seri Embun secara rapat, tapi baginya Seri Embun
adalah seorang perempuan yang tertib dan boleh dikatakan sopan juga orangnya.
Memanglah Seri Embun itu kelam-kabut, selamba dan boleh tahan juga mulutnya,
tapi seingatnya Seri Embun bukanlah seorang yang over-acting macam si Sherry ni!
Eh, kenapa pulak aku perlu
bandingkan mereka berdua? Diorang kan manusia yang sama dan juga perempuan yang
serupa! Tapi, kenapa perwatakan mereka begitu berbeza?
Ahhh...
Kenapa kau masih nak bandingkan Sherry dengan Seri Embun? Mereka adalah orang
yang sama, Azfahan. Ingat tu!
“Weh bro, boleh tak aku
nak baju ni? Smart giler lah. Alahai
geramnya aku...” Dengan riak yang masih teruja, seperti kanak-kanak kecil,
‘Sherry’ menghampiri Azfahan dan dengan selambanya dia merengek-rengek di
hadapan lelaki itu.
Ini lagi satu perangai ‘Sherry’ yang
menambahkan rasa hairannya. Setahunya Seri Embun bukanlah seorang yang jenis
meminta-minta apatah lagi nak merengek-rengek sebagaimana yang dilakukan oleh
‘Sherry’. Tapi kenapa sejak dia menukar nama Seri Embun menjadi ‘Sherry’,
segala-galanya berubah hanya dalam sekelip mata? Perwatakan dan perangai Seri
Embun sudah bertukar seratus peratus padahal Seri Embun dan Sherry adalah orang
yang sama. Seri Embun dan Sherry secara fizikalnya langsung tiada beza.
Bertubuh kecil, kulit yang agak cerah dan memiliki lesung pipit. Tapi kenapa
perwatakan Seri Embun perlu berubah sebaik sahaja dia menukar nama Seri Embun
menjadi Sherry? Sherry dilihatnya sebagai seorang gadis yang terlalu berani
berbanding Seri Embun. Contohnya macam tadi, suka-suka hati aje dia minta aku
belikan baju tu untuk dia.
“Dengar tak ni! Aku nak baju ni satu.
Janganlah berkira sangat. Tak pun, kau anggap ajelah ni sebahagian daripada
upah aku yang terpaksa terlibat dengan rancangan gila kau tu!”
Azfahan tersentak sedikit bila
disergah begitu. Tak tertelan rasanya air liur melalui kerongkongnya. Selalunya
bila dengan Seri Embun, dia tidak akan sesekali membiarkan gadis itu
meninggikan suara dengannya. Tapi sekarang ni, bila dia disergah Seri Embun
versi baru yang bernama Sherry ini, dia sendiri tidak tahu mengapa dia perlu
berasa seperti takut-takut. Atau perempuan ni ada pakai ubat guna-guna tak?
“Errrr...Urmmm...
Pergilah try dulu. Kalau sesuai
dengan kau, aku tak ada masalah.” Sedaya upaya Azfahan cuba mengawal debaran di
dadanya.
‘Sherry’ pula kembali semula pada
perwatakannya yang seperti keanak-anakan itu. Ceria sungguh wajahnya. Lagak
seorang kanak-kanak kecil yang dibelikan mainan baru. Siap menyanyi-nyanyi
kecil pulak tu!
“Tapi nanti dulu!” tegah Azfahan.
‘Sherry’ memusingkan semula tubuhnya. Kedua belah keningnya dijongketkan. Dia
kelihatan sungguh comel sekali. Berbeza dengan Seri Embun versi terdahulu, Seri
Embun versi sekarang ini walaupun masih berkemeja dan berseluar gedoboh, tetapi
tudungnya tidak pernah dibiarkan menggelebeh sehingga hampir nak menutup
sebahagian mukanya sebagaimana Seri Embun versi sebelum ini. Oh baru dia
perasan tentang hal itu.
“Kau boleh ke pakai blaus tu?”
Seri Embun mengerutkan dahinya. “Apa
punya soalan yang kau tanya aku ni?”
“Bukan apa, aku tengok kau macam dah
tak minat aje dengan kemeja dan seluar gedoboh kau tu.” Kenyataan yang
dikeluarkan oleh Azfahan itu bunyinya lebih kepada menguji sebenarnya.
“Aku memang tak pernah sukalah pakai
pakaian yang macam jantan ni. Rimas tahu tak! Panas pulak tu! Tapi nak buat
macam mana. Aku terpaksa pakai jugak. Aku tak ada pilihan sebab aku terpaksa
menyamar!”
“Terpaksa? Menyamar?” Bulat mata Afka
memanah tepat ke wajah ‘Sherry’. Semakin pelik dia dengan perubahan yang begitu
ketara pada gadis itu. Bukankah Seri Embun begitu sayangkan kemeja dan seluar
gedobohnya itu sampaikan langsung tidak pernah memakai pakaian yang feminin
sedikit apatah lagi blaus yang penuh dengan sulaman itu.
‘Sherry’ yang baru tersedar silapnya
yang terlepas cakap mula kelam-kabut. Tidak senang duduk dia dibuatnya
memikirkan helah untuk menyelamatkan diri.
“Apa maksud kau?”
“Errr....
urmmm... Eh, aku dah tak sabar nak try
blaus ni. Aku masuk dalam dulu eh!”
Lepas berkata begitu, ‘Sherry’
cepat-cepat berlari masuk ke dalam fitting
room, meninggalkan Azfahan yang semakin berlekuk-lekuk kerut pada dahinya.
P/S: Sebarang kritikan mahupun carutan sama ada positif mahupun negatif teramatlah dialu-alukan. Penulis sangat memerlukan komen daripada pembaca sekalian dan akan menerimanya dengan berlapang dada.
ha!'seri embun' tu mesti adik kembar dia!
ReplyDeleteMungkin. hee... Neway, thnx for reading =)
Deletemuahaha...mesti org lain nim :)
ReplyDeletesape ek agak2nya? huhu
DeleteBest2!! Hari2 saya tunggu cerita ni. Sambung cepat-cepat tau.
ReplyDeleteyeke...terharunya saya..hehe... 3 hari sekali jenguk2lah blog ni. Insyaallah saya cuba update entri 3 atau 4 hari sekali
Deletebest2...
ReplyDeletethnx awk yg rajin komen and baca =)
Deleteembun mesti nak jadi org yg x disukai keluarga afka... nnt x yah la dia khawin... betul x? btw best la... cepat2 la sambung
ReplyDeletePandai..hehe..itulah rancangan azfahan. Tengoklah nanti azfahan berjaya ke tak jadikan seri embun ni dibenci oleh keluarga die..hee..
Deletebest2...nk lagiii..cepat2 la sambung..x sabar dah ni...
ReplyDeletethnx for reading. 3-4 hari sekali dtg la jenguk ya..insyaallah entry akan diupdate 3-4 hari sekali. thnx for reading =)
Deletewait2 apa maksud 'seri embun' yang lain ? adik kembar dia ke? seriously tak faham . apa2 pun saya lebih suka seri dengan azfahan dari seri dengan afka ... azfahan nampak lebih santai dari afka yang mcm um ... ==' hehehe ... afka nampak mcm -.-' . azfahan ni mcm ceria sikit nk baca . atau lebih kepada semangatlah katakan ...
ReplyDeleteKalau baca dari prolog msti paham..hehe..xpe2. lama2 akan faham jugak. thnx ya sudi baca =)
ReplyDeletehahaha , saya dh baca prolog . dia ada adik kembar . kalau tu adik kembar dia mana dia ? cik marmar putih * betulkan? * saya suka azfahan dari afka yg selalu temper tak pasal tu . huh ! agak2 ah afka tu . tembak laju-laju kang baru tau !
Deletekalau bgtahu skg x best la..hehe..nanti akan tahu jugak mana lagi sorg tu menghilangkan diri..hehe
Deletebila agaknya dapat baca sambunganny ye.. harap2 hari ni ler... hehehehe
ReplyDeletebest cerita ini.. sha terhibur
ReplyDeletethnx sha sudi baca and komen =)
DeleteDarling, agak² diterbitkan ke nanti? tak puas baca dekat laptop
Delete:) tak sure diterbitkan atau tak sebab manuskrip ni masih dalam penilaian penerbit lagi. Kalau ada rezki saya, nnt sy inform k. TQ
Deletehurm xsbr nak tau nama dia yg betul!nie mesti adik seri embun kan,da blh agk....hrp2 dia ni la kawin ngan azfahan baru best....:)
ReplyDeletehihihi.. memang sengaja bagi pembaca agak supaya nanti tak keliru..hehe.. thnx for reading =)
Deleteala,kalau embun dgn azfahan,mesti lg best! (sorang agk pendiam,sorang agk suka mengarah..bajet handsome sgt!)....si kembar embun tu kalau dipadankan dgn afka pun ok juga (sorang agk mengada,sorang agak pendiam)....baru la warna-warni kehidupan...(sorry,ni pandangn sy je...emosi pula!..hahaha)....apa-apa pun,tetap best!
ReplyDeletealaaaa..jgn la x puas hati dgn citer saya..hahahahaha. xpe2, awal2 mungkin x puas hati,nanti dh ending biasa la tu. hehe..thnx for reading k <3
ReplyDeleteeh,cik Marmar jgn slh faham,bukannya sy tak puas hati ye! cuma terbawa-bawa emosi sikit,hehehehe....tp,jika commemt sy tu membuat cik marmar terasa,sy minta maaf ye..sy tak ade niat pun...tak sabar nak tunggu ending!...hehehe...:)..
Deletehaipp...jgn salah faham ngn titew la..hehe..komen sblm ni tu sy gurau aje. sejujurnya sy akan terima apa saja pendapat sesiapa. walau org kutuk sekalipown sy akan terima dan sy takkan balas balik sbb kutukan dan kritikan juga yg akan baiki kelemahan sy. jgn risau k, sy takkan terasa hati sebab sy ni diperbuat drpd marmar yg tahan lasak. haha. =)
Deletehahaha...lega sy,kalau cik marmar tak terasa!....hehehe..ape-ape pun,karya cik marmar memang best! :)
Deletebest!
ReplyDeleteterima kasih sudi baca =)
Delete