22
KETIKA
ini, kereta BMW kebanggaan Azfahan sedang membelok masuk ke satu lorong untuk
melalui hadapan bangunan mewah yang apabila dilihat dari jauh, kelihatan
seperti bangunan emas apabila ianya disimbah dengan cahaya kekuning-kuningan
dari pelbagai sudut.
Tanpa perlu mencari tempat untuk
memarkirkan keretanya, Azfahan terus keluar dari bahagian tempat pemandu dan
menyerahkan kunci keretanya pada pekerja hotel yang sentiasa bersedia memberikan
perkhidmatan terbaik.
Melihat Azfahan turun dari kereta,
‘Sherry’ pun keluar dengan kelam-kabutnya. Sedari tadi dia kelihatan
tercengang-cengang. Dan tentunya ada dua sebab mengapa dia berkeadaan begitu.
Pertama, tentulah dia pelik apabila dia dibawa ke tempat mewah lagi eksklusif
begini. Kedua, tercengangnya dia kerana dia kagum melihat betapa gahnya
bangunan mewah yang berdiri di hadapannya ini. Rekaannya seperti
bangunan-bangunan di luar negara!
Tapi dia masih tertanya-tanya. Untuk
apa aku ke sini? Takkanlah aku pun nak diheret sama untuk tengok girlfriend dia buat show? Tak mahulah aku!
“Awak... Saya nak baliklah! Saya tak
berminatlah nak tengok benda-benda haram tu semua!”
Terkedek-kedek ‘Sherry’ berlari untuk menyaingi langkah Azfahan. Kalut sungguh
perempuan sorang ni. Belum apa-apa,
dia dah merengek dekat sebelah Azfahan. Beriya-iya dia merayu pada lelaki itu.
“Haram? Makanan kat hotel ni
semuanya halal lah!” Azfahan jawab selamba sambil menyembunyikan senyumannya.
Bukannya dia tak tahu apa yang sedang bermain di dalam fikiran ‘Sherry’!
‘Sherry’ pula sudah terliur. Dia nak
belanja aku makan ke? Aku ingatkan dia nak bawa aku tengok benda-benda tak
senonoh tu!
Bestnyaaaa...
Kenapalah dia tak cakap awal-awal yang dia nak bawa aku makan malam kat tempat
macam ni. Bolehlah aku melaram sikit. Mana lah tahu kalau ada mana-mana
hartawan yang berkenan dekat aku. Eh, kejap! Bukan ke sepatutnya sekarang ni
dia tengok girlfriend dia catwalk atas pentas? Mati-mati aku
ingatkan dia bawa aku ke sini sebab nak tengok benda-benda haram tu. Maksud
aku, fashion show yang melampaui
batas itulah!
Eh,
dia dah jalan ke depan tinggalkan aku lah! Tak boleh jadi ni. Walau apa pun
yang terjadi, dia tetap kena belanja aku. Selagi ada chance, kikis tetap kikis! Mana boleh lepaskan peluang macam tu
aje!
Dengan pantas, ‘Sherry’ cuba
menyaingi langkah Azfahan dengan bibir yang tersengih-sengih. Sengih ada makna
lah tu.
Sewaktu Azfahan mengambil sebiji
pinggan dari tempat yang dikhaskan, dia pun tanpa segan-silu ikut mengambilnya.
Dan dia sempat menangkap senyuman pada bibir lelaki itu. Yahoo, itu maknanya dia bagi green
light lah tu. Seronoknya... Berjaya jugak aku kikis duit dia malam ni!
Kalau ada kamera lagi bagus. Boleh aku show
off sikit dengan kawan-kawan aku dekat dalam Facebook tu. Iyalah... seumur
hidup pun belum tentu aku mampu nak makan dekat tempat mewah macam ni.
Tapi tak apa ke kalau main
ambil-ambil pinggan macam ni? Dah lah pinggan ni berkilat-kilat sampai boleh
nampak muka aku. Kalau gantung pinggan ni buat cermin dekat dalam bilik air pun
okay jugak ni.
“Kau boleh ambil apa saja makanan
yang kau suka kat dalam dewan makan ni. Tak ada had!” Azfahan yang berdiri di
sebelah dengan murah hatinya memberikan penerangan percuma.
Terlopong ‘Sherry’dibuatnya. Kat sini
saja boleh nampak betapa ‘kekampungannya’ dia!
“Gila apa nak ambil makanan sesuka
hati saya? Mana boleh macam tu! Nanti tak pasal-pasal pengurus hotel ni halau saya
keluar dari tempat ni!” Beriya-iya sungguh ‘Sherry’ membangkang ketika itu.
Azfahan tersenyum melihat wajah si
Bendul yang sudah bertukar cemas.
“Itulah yang dinamakan buffet. Selalunya dekat hotel saja yang
buat konsep macam ni. Kau boleh makan seberapa banyak yang kau suka dengan
bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak hotel.”
Sekali lagi Azfahan memberikan penerangan. Seronok juga melayan budak kampung
yang kolot lagi dungu ni walaupun terasa semacam layan makhluk asing. Huh,
bebal semacam!
“Aku dah pun ambil makanan aku. Kau
pergilah ambil untuk diri kau pulak. Aku pergi cari meja dulu.”
Seperti biasa, Azfahan tidak pernah
mahu melayan ‘Sherry’ dengan baik. Ditinggalkannya gadis itu terpinga-pinga
seorang diri di situ. Sementara dia pula terus berlalu mencari sudut yang
paling sesuai. Kalau makan dengan Sazzy, dia langsung tidak kisah walau duduk
di meja mana sekalipun. Tapi kali ini, dia akan makan malam dengan seorang
makhluk pelik yang tentunya akan mengundang perhatian orang ramai. Jadi, dia
perlu mencari meja makan yang agak tersorok sedikit daripada pandangan orang
lain.
Isyhhh...
Jahat sungguh Azfahan ni!
Dari tempatnya duduk, sesekali
Azfahan sengaja memerhatikan ‘Sherry’ yang kelihatan teramatlah teruja sewaktu
mengelilingi meja besar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan itu. Ceria
sungguh wajah gadis itu. Tapi adakalanya kelihatan seperti keliru sewaktu ingin
membuat pilihan.
‘Kuat makan rupanya budak tu.
Patutlah dia pandai masak. Tapi badan tetap tak naik-naik. Terencat agaknya.
Samalah jugak macam otak dia yang bendul tu.’ Sesuka hati sahaja Azfahan
mengutuk Seri Embun!
‘Sherry’ sudah pun selesai mengambil
makanan yang berjaya memikat seleranya. Lama juga menunggu ‘Sherry’ sampaikan Azfahan
lupa akan waktu yang sudah banyak dibazirkan memandangkan dia sendiri pun
sedang leka memetik telefon bimbitnya.
Sehinggalah kedengaran bisik-bisik
yang tidak menyenangkan di telinganya, barulah Azfahan mengangkat kepalanya
yang tertunduk ke bawah itu. Dia perasan ada banyak pasang mata yang sedang
memandang ke satu arah. Ada di antara mereka yang menunjukkan riak kurang senang
dan tentunya ada yang saling berbisik sesama mereka. Jadi sudah tentulah
keadaan itu mendorongnya untuk memandang sekali ke arah yang sama.
Merah padam seluruh mukanya sebaik
dia terpandangkan ‘Sherry’ yang terkial-kial, sedang berjalan terkedek-kedek
supaya pinggan yang sedang ditatang, pinggan yang penuh dengan makanan itu
tidak tumpah ke atas lantai.
Bayangkanlah, di dalam satu pinggan
sahaja penuh diisinya dengan segala macam makanan. Antaranya termasuklah mee
goreng, mihun, spaghetti, makaroni, chicken chop, pulut kuning, nasi minyak
dan juga nasi briyani. Itu baru makanan berat. Sekarang bayangkan pula
bagaimana makanan berat tadi dihimpit pula dengan juadah sampingan seperti meat balls, sebiji buah epal merah, sosej,
nugget, kentang goreng, sushi dan beberapa lagi makanan Jepun dan makanan Cina
yang pelik-pelik. Tidak ketinggalan, beberapa jenis potongan kek. Bayangkanlah,
semua makanan itu diletak ataupun lebih tepat lagi dihimpitkan di atas sebiji
pinggan yang tidaklah sebesar mana.
Sebab itulah sekarang ini ‘Sherry’
terpaksa berjalan terkepit-kepit seperti seorang pondan. Malangnya, walaupun
sedari tadi dia cuba untuk berhati-hati, sedikit demi sedikit makanannya tetap tertumpah
jatuh ke atas lantai.
Didahului dengan beberapa butir
nasi. Kemudian, beberapa helai mihun pula yang jatuh tumpah. Diikuti pula
dengan sosej.
Ahhh.. sosej ni tak apa lah
kalau jatuh pun. Banyak lagi kat atas pinggan ni. Ya ALLAH, boleh pula ‘Sherry’ menyedapkan hatinya sendiri dengan
berkata begitu.
Akhir sekali, sewaktu ‘Sherry’ sudah
pun menghampiri meja yang ingin ditujui, sebiji epal merah pula yang jatuh dari
pinggannya. Berguling-guling sehingga tepat sasarannya mengena muncung kasut Azfahan
yang tajam dan meruncing itu. Dan apabila Azfahan menggerak-gerakkan kakinya,
epal merah itu semakin kuat melekat pada muncung kasutnya. Muncung yang tajam
seperti mata lembing!
Tapi tajam lagi mata pemilik kasut
itu!
Cepat-cepat ‘Sherry’ meletakkan
pinggannya ke atas meja. Kemudian, dia membetul-betulkan kedudukan kerusi
dengan tujuan apabila dia duduk nanti, dapatlah tubuhnya itu menutup wajah Azfahan
daripada menjadi ‘target’ pengunjung-pengunjung di situ. Tak payah cakap pun
aku tahu. Tentulah mamat bongkak ni malu dan menyesal sebab dia dah buat satu
kesilapan yang besar kerana mengheret aku ke tempat yang tak layak untuk orang
macam aku ni!
‘Sherry’ sudah pun duduk di atas
kerusi yang lebih besar daripada badannya. Mewah sungguh kerusi yang berwarna
emas ni. Tempat bersandarnya tinggi pulak tu!
Beberapa minit berlalu, nampaknya
wajah Azfahan sudah tidak setegang tadi. Hakikatnya, begitulah. Sejuk hatinya
dengan apa yang cuba dilakukan oleh ‘Sherry’ itu. Walaupun tubuh kecil itu
mungkin tidak berjaya menutup seluruh wajahnya, dia tetap menghargai apa yang
cuba dilakukan oleh gadis itu. Lagipun, dia malas ingin memanjangkan isu.
Cukuplah sekali dia bergaduh dengan perempuan bendul ini. Memanglah kalau
ikutkan hatinya yang cepat panas itu, mahu sahaja dia menengking ‘Sherry’ di
hadapan orang ramai. Tapi, dia tidaklah sebodoh itu. Dan dia tidak mahu terlalu
mengikut emosi sewaktu berhadapan dengan perempuan yang kurang cerdik ini!
“Maaflah sebab saya dah malukan
awak. Semua makanan kat sana tadi tu nampak sedap. Sampaikan saya boleh tak
perasan yang pinggan ni dah penuh waktu saya pilih-pilih tadi. Bukan senang
awak nak belanja saya kan? Sebab itulah saya gunakan peluang yang ada ini
dengan sebaik-baiknya.” Lembut sungguh suaranya. Bijak juga ‘Sherry’ ni ya.
Bila mamat tu dah hampir nak mengamuk, barulah kau nak berlembut dengan dia ya?
Sebenarnya, sejak perbalahan tempoh hari dia memang sudah tidak biasa hendak
berkasar dengan lelaki itu. Dia merasakan yang Azfahan masih marah padanya
hingga ke saat ini.
“Kalau macam tu, makanlah satu-satu
dulu. Dah habis, barulah tambah. Nama pun buffet,
kau boleh pulun berapa round
sekalipun yang kau nak.” Azfahan sudah pun menghadap makanannya. Dia kelihatan
begitu berselera sekali.
Fuhhhh!!
‘Sherry’ pun menghembuskan nafas lega. Lega kerana tidak dimarahi oleh
lelaki itu. Mood baik agaknya.
Iyalah, kejap lagi mungkin dia nak jumpa Sazzy the Supermodel tu! Sebab itulah dia tak marahkan aku.
Eh apa dia cakap tadi? Dah habis makan,
boleh tambah lagi? Kalaulah awal-awal aku tahu, sumpah aku takkan isi pinggan
ni penuh-penuh macam aku buat tadi. Buat malu aje!
“Boleh ke buat macam tu? Kenapa awak
tak cakap awal-awal? Manalah saya nak tahu,” jawabnya sambil tersipu-sipu malu.
Sambil tersengih-sengih juga hingga menampakkan barisan giginya yang putih
tersusun itu.
‘Mak aiiii... Cantiknya gigi dia.
Gigi Sazzy yang obses dengan kecantikan tu pun tak secantik gigi dia. Tapi apa yang
nak dihairankan. Seri Embun ni kan lurus bendul orangnya. Entah-entah dia gosok
gigi dia dengan berus dawai. Itu yang putih sampai bersinar-sinar tu!’ Sempat
lagi Azfahan mengutuk di dalam hati.
Selepas itu, masing-masing tidak
berkata apa-apa lagi. Kedua-duanya tunduk menikmati juadah masing-masing.
‘Sherry’ yang kepoh itu tentunya tidak betah untuk terus duduk dalam keadaan
yang senyap begitu walaupun sesekali kedengaran gesekan biola yang begitu
mengasyikkan.
Lantas, dia cuba mengajak Azfahan
berbual-bual dengannya.
“Kenapa awak bawa saya ke sini?” soalnya.
Sambil berbual-bual kosong, dapat jugalah dia meleraikan persoalan yang sedari
tadi lagi mengganggu ketenteramannya. Memang dari tadi lagi dia nak tanya
soalan tu sebenarnya!
“Kenapa? Kau tak suka ke?” Soalan
dijawab dengan soalan. Ini yang aku tak suka ni! Getus hati ‘Sherry’.
Azfahan sudah pun menghabiskan
makanannya. Dan tidak nampak pula tanda-tanda yang dia akan menambah lagi. Jaga
badanlah tu. Patutlah badannya sedang-sedang elok dan sedap dipeluk aje. Eh, ke
situ pulak aku ni!
Lagi satu, Azfahan ni berani
orangnya. Ahhh.. Nama pun lelaki kan.
Kalau aku dah mula rasa tak selesa bila dia fokus memandang muka aku. Tapi dia
pula, nampak relaks aje. Mungkin sebab mata aku ni tak cukup cantik untuk
menggetarkan jantung dia kot! Hakikatnya,
Azfahan sebenarnya pelik melihat mulut ‘Sherry’ yang comot dengan makanan itu.
Itu yang dia pandang semacam aje tu. Bukan saja mulut, tapi comotnya sampai ke
pipi! Tak pernah-pernah dia lihat perempuan makan serakus ini! Tak cover cun langsung!
“Bukan tak suka. Cuma saya pelik.
Bukan ke patutnya sekarang ni awak kena tengok girlfriend awak buat fashion
show?”
“Aku cancel plan tu last minute.”
“Cancel
kenapa pulak?”
“Sebab pedih air garam pun aku tak
mampu nak tahan, macam mana aku nak tahan pedih seksa api neraka?”
Barulah hilang kerut-kerut pada dahi
‘Sherry’. Kedengaran dia mendengus kecil seperti tidak berpuas hati.
“Kau sengaja nak sindir aku ya?”
sergahnya. Opsss... Nampaknya
‘Sherry’ dah mula berani meninggikan suaranya sejak pertelagahan tempoh hari.
Dah mula ber’kau’ dan ‘aku’ nampak!
“Mana ada. Betullah apa yang aku
cakap tu. Dan sebab itu jugalah aku bawa kau makan malam kat sini. Sebagai
menebus perbuatan aku pada kau yang melampau tempoh hari. Itu adalah lebih baik
daripada aku pergi tengok perempuan-perempuan yang tak tutup aurat kat dalam
majlis fashion show tu. Am I right?”
Dalam rasa terharu yang menyebabkan
kedua belah pipinya bertukar warna menjadi merah, ‘Sherry’ mengangguk setuju
pada pertanyaan yang diajukan oleh Azfahan itu. Berbunga-bunga hatinya yang
bila mana kalau dipetik, tentu boleh dibuat taman mini.
“Alah... Buat apalah bawa aku sampai
ke sini. Tempat-tempat mewah macam ni langsung tak sesuai untuk orang macam aku.”
Dengan lemah-lembut, ‘Sherry’ cuba berbahasa dan merendah diri. Orang berbudi
kita pula kenalah berbahasa! Tak gitu?
“Itu aku tahu lah.” Itu sahaja yang
keluar dari mulut Azfahan tetapi kata-kata itu tersangatlah menyakitkan hati ‘Sherry’.
Padan muka kau. Sibuk sangat nak berbudi bahasa dengan lelaki yang bermulut
lepas ni, end up kau jugak yang tersentap ‘Sherry’ oiii...
“Kalau dah tahu kenapa bawa juga?
Aku ni simple orangnya. Lain kali
kalau ada buat salah, tak perlulah sampai nak habiskan duit belanja aku makan
mewah-mewah macam ni. Cukuplah sekadar minta maaf.” Sekali lagi ‘Sherry’
sekadar berbahasa. Mentang-mentanglah Azfahan tak tahu yang kau tu kaki kikis,
bukan main lagi kau berlakon depan dia! Lurus-lurus pun, hipokrit juga ‘Sherry’
ni ya...
“Minta maaf? No way! Seumur hidup aku, aku tak pernah minta maaf kat mana-mana
perempuan even girlfriend aku, Sazzy.
Aku lagi sanggup habiskan duit aku daripada rendahkan ego aku sendiri. Sebab
ego aku adalah harta yang paling mahal dalam hidup aku! Bila aku dah bawa kau
makan malam kat tempat mewah macam ni, aku harap benda yang dah lepas tu, biar
lepas macam tu aje. Tak perlulah nak bermaaf-maafan. Hari ni bukannya hari
raya.”
Berkerut-kerut dahi ‘Sherry’ cuba
memahaminya. Maksudnya, Azfahan ni cuba membeli kesalahan yang dia lakukan
dengan kekayaan yang dia ada? Haihhh..
Orang macam ni pun ada? Susah sangat ke nak minta maaf?
Hurmmm... agaknya kalaulah ego mamat ni
dibuat bangunan, tentu tingginya mengalahkan Menara KLCC! Tapi bagus jugak, aku
juga yang untung bila dia belanja aku makan malam semata-mata nak pujuk aku dan
pulihkan semula perhubungan kami. Aku pun tak hairanlah kalau dia tak nak minta
maaf dekat aku. Asalkan aku dengan dia dah berbaik-baik.
“Tak kisahlah semua tu. Lagipun,
memang aku yang bersalah. Aku dah berkasar dengan kau. Memang tak patut pun aku
rendamkan kepala kau kat dalam besen air garam tu kan?” Terkekeh-kekeh ‘Sherry’
ketawa sebaik teringatkan hal itu sampaikan sudu dan garpu terlepas dari
genggamannya. Kuat pula tu dia ketawa. Tak senonoh betullah perempuan ni.
Sesekali tu, cubalah control cun
sikit!
Azfahan diam sahaja. Hanya senyuman
yang sangat nipis menghiasi bibirnya. Memang sukar untuk buat lelaki ini
senyum. Sama saja seperti abangnya, Afka. Kedua-duanya hati kering!
Cuma, apabila ‘Sherry’ kembali
ber’aku’ dan ‘kau’ dengannya, entah mengapa dia tiba-tiba jadi tidak senang.
Dan dia sendiri tidak pasti kenapa dia boleh jadi selesa apabila ‘Sherry’
menggunakan kata ganti diri ‘saya’ dan ‘awak’. Mungkin bila ber’saya’ dan
‘awak’, ‘Sherry’ akan nampak lebih manis dan lembut di matanya. Hurmmm.. Mungkin.
“It’s
okay. Aku tak terasa hati pun. Sekurang-kurangnya apa yang kau buat tu
berjaya jugaklah buat aku rasa insaf sikit. Sampai bila-bila pun aku akan ingat
peribahasa yang kau ajar aku. ‘Sepedih-pedih air garam, pedih lagi seksa api
neraka.”
‘Sherry’ tergelak lagi. Kali ini,
lebih besar. Boleh tahan kelakar jugak Azfahan yang membosankan ni ya...
“Kau pulak bila nak insaf?” Azfahan
menjongket-jongketkan keningnya. Dia nampak comel dengan gaya begitu. Sempat
lagi hati ‘Sherry’ memuji di dalam hati.
“Kenapa pulak dengan aku?”
Berkerut-kerut dahinya.
“Kau nak tahu tak? Dari kelmarin
lagi sebenarnya aku perasan yang kau ni kuat membazir orangnya.”
“Amboi, suka-suka hati aje kau tuduh
aku ya!” ‘Sherry’ tayang muka tak puas hati.
“Betullah. Kau ingat aku tak tahu
berapa banyak garam yang kau dah habiskan waktu kau bancuh air garam untuk aku
hari tu?”
Terpinga-pinga ‘Sherry’ dibuatnya.
Apa lagi, nak cari alasan lah tu. Malangnya tidak berjaya. Merah padam mukanya.
“Semalam pula aku ada nampak kau
buang baju kemeja dan seluar jeans,
pakaian yang selalu kau pakai sebelum ni. Mentang-mentanglah aku dah belikan
kau baju baru. Tapi tak baik tau buat macam tu. Membazir namanya. Bukan ke dulu
kau sayang sangat dengan baju kemeja dengan seluar jeans tu?”
Ikhlas Azfahan memberikan teguran.
Sememangnya dari kecil lagi walaupun
dia dibesarkan dengan kehidupan mewah, dia memang diajar supaya berjimat-cermat
dan tidak membazir. Cuma, sifatnya yang sedikit angkuh dan bongkak serta
mementingkan darjat itu memang tidak pernah diajar oleh kedua ibu bapanya
agaknya.
‘Sherry’ nampak cemas dengan teguran
itu.
‘Macam mana pulak dia boleh nampak?
Nasib baik tak kantoi. Pasal garam tu aku memang mengaku yang aku dah habiskan
garam kat rumah dia sampai empat lima paket. Tapi itu pun bersebab dan
bertujuan. Tujuannya, aku ikhlas nak bagi pengajaran kat dia! Tapi, pasal
kemaja dengan seluar jeans tu pulak,
aku bukannya nak buang pun. Aku cuma masukkan dalam plastik sebab aku nak poskan
baju dan seluar tu ke kampung. Ada sebab kenapa aku buat macam tu. Hanya aku
dan kakak kembar aku saja yang tahu!’
“Dan sekarang, kau nak bazirkan
makanan ni pulak?” Azfahan memuncungkan sedikit mulutnya ke arah pinggan yang
masih penuh dengan bermacam jenis makanan itu.
Alahai... Kantoi lagi. Malunya aku.
Tapi kali ini, aku betul-betul tak sengaja. Bukannya aku saja-saja nak
membazir. Tapi, aku betul-betul dah tak boleh nak telan makanan tu semua masuk
ke dalam perut aku. Selera aku dah hilang.
“Macam manalah selera kau tu tak
hilang. Selera aku pun hilang bila tengok mihun bercampur dengan makaroni,
makaroni pulak dicampur dengan nasi briyani, dan nasi briyani pulak dicampur
dengan spaghetti. Binatang pun tak
makan campur-campur tahu tak?” Azfahan tidak sedar yang suaranya sudah
meninggi. Geram pula bila difikirkan betapa dungunya Seri Embun ni. Aku ni pulak
memang pantang betul dengan orang yang suka membazir ni!
“Sampai hati kau cakap macam tu kat
aku. Kalau iya pun, janganlah samakan aku dengan binatang.” ‘Sherry’ pura-pura
memasang wajah sayu. Siap dicebikkan lagi bibirnya. Sajalah tu nak membeli
simpati dari hati lelaki itu.
Memang aku terpaksa buat muka annoying macam ni dengan harapan dia tak
paksa aku makan makanan yang dah bercampur dengan segala macam rasa ini. Aku
sendiri tak tahu nama apa yang paling sesuai untuk dinamakan pada makanan yang
dah bercampur-campur ni.
“Tak ada pulak aku samakan kau
dengan binatang. Sebab bagi aku, dalam kes ni, binatang pun jauh lagi cerdik
daripada kau!” Azfahan masih bertegas dengan pendiriannya.
Aduhhhh...
Teruknya dia ni. Maksud dia, aku ni lagi teruk daripada binatang la? Dasar
mulut &^%$#*&^%!!!!
Kali ini, ‘Sherry’ gigih mencuba
cara lain. Dia memaksa pula dirinya untuk mengeluarkan air matanya. Dengan
harapan, Azfahan tidak lagi mendesak menyuruhnya menghabiskan makanan sepuluh
rasa itu!
Berjaya juga air matanya keluar
walaupun sedikit dan walaupun hanya bergenang di kelopak matanya.
“Aku tak kira, ‘Sherry’. Walau apa
sekalipun, aku nak kau habiskan juga makanan tu semua. Sesungguhnya, membazir
itu adalah perbuatan syaitan. Dan
seburuk-buruk tempat untuk syaitan adalah di dalam bila dilibas dengan
kata-kata sesinis itu. Dia tahu, lelaki itu sedang menyindirnya. Padanlah
dengan muka aku. Sekarang ni, giliran dia pula menginsafkan aku!
‘Sherry’ hanya diam menunduk apabila
tengkingan mata Azfahan semakin tajam menerkam mukanya. Dia tidak berani untuk
memandangnya apatah lagi untuk membalas. Dia benar-benar ketakutan ketika ini. Penghujungnya,
dia hanya mampu merayu pada lelaki itu. Itu sahaja pilihan yang dia ada.
“Tolonglah.... Janganlah dera aku. Aku
betul-betul tak mampu nak habiskan semua makanan ni. Tolonglah jangan paksa
aku. Aku merayu sangat-sangat. Aku sanggup buat apa saja asalkan tidak dipaksa
untuk habiskan makanan ni semua,” rayu ‘Sherry’ dengan air mata yang sudah
berlinangan. Kali ini, dia tidak main-main. Tidak juga berlakon seperti tadi.
Dia benar-benar takut bila dipaksa untuk menghabiskan semua makanan yang sudah
bercampur-campur itu. Dia tahu, Azfahan seorang yang tegas, serius dan tidak
main-main. Tentu lelaki ini akan terus memaksanya.
‘Sherry’ silap! Sebenarnya tidak. Azfahan
jadi menggelabah bila melihat dia menangis beriya-iya.
Nampaknya, Azfahan masih mementingkan maruah diri berbanding prinsip amalan
membazir yang menjadi praktikalnya selama ini.
“Kalau ya pun janganlah menangis.
Malu kat orang nanti,” marahnya dengan suara yang berbisik. Semulajadinya dia
menjadi kalut apabila beberapa pasang mata sudah menoleh ke arah mereka. Siapa
yang tidak pelik bila terdengar suara sumbang itu menangis beriya-iya sekali
macam tu. Hisyhhh.. Menyusahkan orang
betullah budak ni. Ini ke calon menantu pilihan mak aku? Dibawa ke majlis makan
malam simple macam ni pun dah
macam-macam hal yang dibuatnya. Macam mana aku nak bawa dia kalau syarikat ada
buat majlis makan malam besar-besaran nanti? Buat malu ajelah!
“Sudahlah tu...” Azfahan mencuba
lagi. Kali ini dengan sekeping tisu di tangan. Dia kelihatan teragak-agak
sewaktu ingin melekapkan tisu putih yang harum baunya itu ke pipi ‘Sherry’ yang
basah itu. Sememangnya dia langsung tiada kemahiran dalam bab-bab memujuk ni.
Nama pun lelaki ego tinggi!
Tapi berkesan juga cara dia memujuk.
Bahu ‘Sherry’ pun sudah hampir nak berhenti henjutannya. Hanya air matanya
sahaja yang masih bergenang, sekali dengan sedu-sedannya yang masih bersisa.
Alahai... Tak tahu pulak yang budak
ni semanja dan secengeng ini. Tapi, dia tetap nekad ingin menyuruh ‘Sherry’
menghabiskan pinggan yang berisi hampir 10 jenis makanan yang dicampur antara
satu sama lain itu. Apa pula kata orang lain bila dapat tahu perangai buruk
‘Sherry’ itu. Sudahlah dia dikira kerap juga makan malam di sini. Tentu tidak
lama lagi heboh cerita buruk tentang ‘Sherry’. Yang dapat tempias malunya
tentu-tentulah aku!
“Habiskanlah makanan tu. Kalau tak
selera, kunyahlah perlahan-lahan. Dan kalau kau rasa macam nak termuntah, don’t worry. Aku sentiasa ada di sisi
kau. Dan aku akan tunggu sampai kau habiskan makanan tu semua. Tak perlu gopoh.
Kau boleh ambil seberapa lama yang kau suka. Aku sanggup tunggu berapa lama
sekalipun.”
Lembut dan mendamaikan sekali suara
itu memujuknya. Hingga bergetar hati ‘Sherry’ yang mendengarnya. Sejujurnya,
inilah pertama kalinya Azfahan melayannya selayaknya dia seorang perempuan yang
memiliki sekeping hati yang lembut dan sensitif.
Walaupun dia dapat rasakan yang Azfahan
melakukannya kerana terdesak, hati kecilnya tetap berasa terharu. Lalu, dia
mengangkat tangan yang disorokkan di bawah meja itu untuk mencapai sudu dan
garpu. Namun, telah ditegah oleh Azfahan yang telah menarik hujung lengan baju
kurungnya. Semulajadinya, dia mendongakkan kepalanya. Lelaki itu sedang
merenungnya dengan pandangan yang cukup lembut dan sangat menenangkan hatinya.
Inilah pertama kalinya dia terasa dirinya seperti dipukau.
“Kita makan sama-sama ya. Tapi, biar
aku yang suapkan.”
“Kenapa pula?” ‘Sherry’ sempat
mengelap hujung hidungnya yang sedikit berair itu, akibat menangis terlalu
banyak sekejap tadi.
“Senang sikit bila aku yang pegang
sudu dan garpu ni. Tangan kau tu, kau bersedialah awal-awal untuk pegang gelas
minuman tu. Kalau-kalau rasa macam nak termuntah nanti, senang. Boleh terus
teguk air tu.” Azfahan masih mencanai suaranya dengan lembut. Suara yang
kedengaran romantis di telinga sesiapa saja yang mendengarnya walaupun wajahnya
seperti tidak berperasaan saja sewaktu menuturkannya.
Namun begitu, untuk kesekian kalinya
suara dan layanan yang mempesonakan itu masih mampu membuatkan ‘Sherry’ berasa
terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan olehnya. Kelam-kabut ‘Sherry’
dibuatnya apabila hati sudah berdebar-debar dengan satu perasaan lain macam
yang entah dari mana datangnya.
“Kalau kau pula yang termuntah macam
mana?”
Walaupun aku tak kisah walau dia nak muntah sekalipun, aku kenalah tunjuk
juga yang aku ni pun boleh tahan caring
jugak orangnya. Orang berbahasa, kita pun kenalah berbahasa jugak kan?
“Takpe.
Kalau sebelum ni aku boleh tahan muntah setiap kali tengok muka kau yang tak
cun tu, kenapa tidak sekarang?” gurau Azfahan seperti selalu.
‘Sherry’ mendengus geram. Aku baru
aje nak tunjuk sifat penyayang aku dekat dia. Boleh pulak dia kenakan aku!
Potong stim betullah dia ni. Baru
ingat nak berangan jadi girlfriend dia.
Bukan senang nak jadi girlfriend
lelaki yang handsome terlampau ni!
Alahai, kenapalah dia boleh bertukar sweet
dengan tiba-tiba pulak ni? Oh hati,
janganlah kau jatuh cinta hanya dengan melihat paras rupa saja, dan terpedaya
pula dengan karakternya yang playoboy
itu. Sungguh, mak tak rela, nyah...
Tapi hakikat yang sejujurnya, ‘Sherry’
akui yang dia cukup suka melihat sisi yang berbeza dalam diri Azfahan untuk
kali ini. Lelaki itu kelihatan penyayang dan lebih macho apabila melayannya begitu. Tapi, bila difikir semula, dia sendiri
tidak berapa selesa dengan cara dan pembawaan Azfahan begitu. Dia lebih sukakan
Azfahan versi mulutnya yang sentiasa mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan
hati itu. Peliknya, dia memang suka berperang mulut dengan Azfahan.
“Boleh kita mulakan sekarang?” soal Azfahan
yang begitu lokek sekali nak menghadiahkan senyumannya.
Tak apa lah kalau dia tak senyum
pun. Dalam keadaan muka dia yang tegang pun, aku boleh terpesona. Kalau dia
senyum, aku sendiri tak boleh bayangkan bagaimana keadaan dan perasaan aku
nanti. Mesti aku akan bertukar menjadi perempuan yang sangat teruja waktu itu!
Melepasi dua tiga minit kemudian, mereka
pun memulakan misi menghabiskan makanan yang tidak ‘bertajuk’ itu. ‘Sherry’
kelihatan takut-takut sewaktu suapan pertama ingin dimasukkan ke dalam mulutnya.
“Kalau kau rasa macam tak sanggup,
kau pandang aje muka aku ni. Aku tak kisah dan aku takkan kenakan bayaran pun.
Sebab sebelum ni ramai perempuan cakap kat aku, makanan yang diorang makan akan jadi tujuh kali ganda
lebih sedap setiap kali diorang makan
sambil pandang muka aku. Cerita ni bukan rekaan tau. Dan aku bukannya nak
berlagak jauh sekali nak berperasaan takbur. Aku cuma gunakan kelebihan rupa
paras aku untuk bantu perempuan yang menjadi mangsa ‘makanan berlebihan’ macam
kau sekarang ni!”
Kalau negara lain menghadapi masalah
kebuluran, dan di Malaysia ini saja banyak yang menghadapi masalah lemak berlebihan.
Tapi, kes ‘Sherry’ ni lain daripada yang lain. Masalah makanan berlebihan
sampai tak termakan!
Belum apa-apa lagi aku dah nak
termuntah. Perasan betullah dia ni! getus Sherry di dalam hati.
Tapi teringin jugak aku nak cuba.
Manalah tahu kalau-kalau petua yang dia cadangkan tu berkesan.
Lalu, ‘Sherry’ pun mula merenung
wajah Azfahan. Lama-lama dia memandang wajah lelaki itu sehingga dia leka
sendiri. Mujur Azfahan tidak perasan memandangkan tumpuan lelaki itu ketika ini
hanya fokus pada sudu yang ingin disuapkan ke dalam mulut ‘Sherry’.
Begitu berhati-hati sekali Azfahan
melakukannya sehinggakan langsung tidak tertumpah dari sudu makanan yang
disuapkannya ke dalam mulut ‘Sherry’. Sememangnya lelaki ini mementingkan
kesempurnaan dalam segala segi! Apabila ada sebutir nasi yang melekat di hujung
bibirnya, Azfahan sendiri yang akan membersihkannya. Tak sempat ‘Sherry’ nak
halang. Isyhhh... biarlah bibir aku
comot pun. Tak elok lah sentuh-sentuh bibir anak dara orang!
‘Tapi dia memang romantic habis. Dia nampak sangat cool dan macho dengan gayanya begitu. Agaknya macam ni lah keadaannya bila
dia suapkan anak-anak kami nanti.’
Ahhh... Dah jauh sangat aku melalut ni!
Memang jauh pun. Sampaikan tanpa
sedar dia telah membiarkan dirinya terbang ke dunia lain. Mulutnya terlopong
dengan mata yang tidak berkelip terus merenung wajah tampan kepunyaan Azfahan.
Dia seperti dipukau dengan keindahan itu. Mengunyah saja apa yang disuapkan
oleh lelaki itu ke dalam mulutnya. Sedar-sedar saja, makanan yang hakikatnya
cukup seksa untuk dihabiskan itu akhirnya berjaya juga dimuatkan ke dalam
perutnya.
Nampaknya memang berkesan betullah
petua Azfahan tadi. Betullah apa yang dikatakan oleh perempuan-perempuan yang
pernah keluar makan dengan mamat ni. Makanan tak sedap pun boleh jadi sedap.
Wah, hebat sungguh!
“Sudah. Jom kita balik.” Sambil
menegakkan badannya, sambil itu juga Azfahan menghembuskan nafas lega. Lega
kerana dia telah berjaya mengelakkan dirinya daripada kontroversi yang cuba
mengaibkannya nanti.
okey dah terbongkar yang itu adik... hehehe embun pergi mana?
ReplyDeleteNk ujung2 nnt bru tahu. Hehe
DeleteBest.... #^_^
ReplyDeleteThanks :-D
DeleteBestnye . Next please . Hehehe . :D
ReplyDeleteNext please . Hahaha . Tak sbr nak tahu penghujungnya . Btw , best ar .
ReplyDeletethanks. sabar menanti k :)
Deletebest lah jln cerite nie...
ReplyDeletebest sgt2 <3
Terima Kasih <3
DeleteBest laaa <3
ReplyDeletepatot laa pelik jee dari aritu -_-'' cikgu nie knnnnn..... si embun tue x de nye perangai cmnie... die kn lurus... mne tau ber fb.. pkaian mewah >< ieeeeeeeeeee
ReplyDelete-nur athira-